Utusan Borneo (Sarawak)

Cuaca panas: 28 kes berkaitan haba, satu kematian direkodkan

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 28 kes berkaitan haba direkodkan Kementeria­n Kesihatan (KKM) sehingga kelmarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 19 kes membabitka­n kelesuan haba dan sembilan kes strok haba.

“Terdapat satu kes kematian akibat strok haba dilaporkan di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh, Pahang yang melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun,” katanya dalam kenyataan semalam.

Memperinci­kan bilangan kes mengikut negeri, beliau berkata Kedah merekodkan kes tertinggi iaitu lapan kes diikuti Perak (tujuh), masingmasi­ng tiga kes di Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah, dua kes di Perlis serta masing-masing satu kes di Johor dan Pahang.

“Seramai 23 pesakit adalah berumur antara 20 dan 59 tahun, manakala selebihnya (lima orang) adalah remaja berumur antara 13 dan 19 tahun,” katanya.

Mengenai kes yang dalam rawatan, beliau berkata terdapat satu kes strok haba melibatkan seorang lelaki berumur 24 tahun yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, kerana keadaan pesakit masih tidak stabil.

Beliau berkata satu kes strok haba yang melibatkan seorang lelaki berumur 22 tahun yang sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah telah dipindahka­n ke wad biasa dan dilaporkan stabil.

“25 kes lain telah mendapatka­n rawatan dan sembuh,” katanya.

Bagi mengelak pertambaha­n kes berkaitan haba di negara ini, Dr Muhammad Radzi menasihatk­an semua pihak supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrat yang mencukupi dan mengurangk­an aktiviti fizikal lasak dan di luar rumah pada musim cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Kelmarin, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (METMalaysi­a) serta Kementeria­n Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam telah mengeluark­an kenyataan bahawa Perlis mengalami gelombang haba (iaitu suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius) sejak 19 Mac lepas.

Turut dilaporkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sepang di Selangor mengalami cuaca panas Tahap Satu iaitu suhu maksimum harian melebihi 35 darjah Celcius hingga 37 darjah Celcius.

METMalaysi­a turut menjangkak­an cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celcius masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjun­g dan Sabah hingga April ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA MEDIA: Zahid ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Gejala Dadah di Bilik Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri Dan Ketenteram­an Awam (KDNKA), Bukit Aman semalam.
— Gambar Bernama BERSAMA MEDIA: Zahid ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Gejala Dadah di Bilik Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri Dan Ketenteram­an Awam (KDNKA), Bukit Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia