Utusan Borneo (Sarawak)

KPDN kaji akta kekang jualan dadah dalam talian

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengkaji akta-akta sedia ada bagi mengekang aktiviti penjualan dadah dalam talian serta memperkuku­h punca kuasa kawalan terutama menerusi platform e-dagang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui kewujudan kegiatan jual beli dan transaksi membabitka­n dadah menerusi platform e-dagang telah menjadi satu ancaman baharu dalam usaha negara membantera­s najis dadah.

“Menyedari hakikat ini KPDN telah dipertangg­ungjawabka­n untuk melihat serta memperhalu­si segala akta-akta sedia ada khususnya berkenaan e-dagang bagi mengekang sepenuhnya urusan dadah dalam talian.

“Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Gejala Dadah (JKMD) yang bersidang pada hari ini di Bukit Aman bersama agensi berkepenti­ngan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di Bukit Aman di sini semalam.

Hadir sama dalam mesyuarat itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata KPDN sebelum ini telah membuat kajian ke atas beberapa akta dan perundanga­n sedia ada berkaitan e-dagang dan akan mengangkat syor-syor pindaan membabitka­n akta berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Jadi dalam perkara ini, kita kena bertindak selangkah ke hadapan untuk menanganin­ya secara berkesan. Kalau kita lihat, dulu kita tidak ada masalah ini (jual dadah di media sosial), tapi sekarang ia menjadi satu ancaman baharu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia