Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan setuju tingkat kecekapan makmal patologi, peruntuk RM230j

-

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Gejala Dadah (JKMD) bersetuju dengan cadangan Kementeria­n Kesihatan untuk meningkatk­an kecekapan dan kapasiti makmal patologi bagi menguji dadah dengan peruntukan berjumlah RM230 juta.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi JKMD Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf lapan makmal dadah sedia ada di Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak serta menubuhkan enam makmal dadah baharu di Pahang, Perak, Selangor, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata peningkata­n keupayaan makmal patologi ini akan memberikan impak positif kepada kelancaran proses pengurusan kes-kes berkaitan dadah oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia khususnya dan sistem kesihatan secara amnya.

“Menyedari perubahan trend pengedaran dan penyalahgu­naan dadah, naratif baharu Pelan Komunikasi

Membantera­s Gejala Dadah adalah perlu dilihat semula dengan mengambil kira kos minimum namun memberikan kesan efektif yang tuntas kepada khalayak.

“Profil penyalahgu­naan dan penagih dadah serta bahan terlarang untuk 2021 hingga 2023 bagi setiap negeri menunjukka­n trend meningkat dan Kempen Antidadah akan dilaksanak­an bermula tahun ini hingga 2025 yang berfokuska­n kepada matlamat ‘Lebih Baik Cegah’ dengan mesej ‘Pencegahan dadah bermula di rumah’ serta menggunaka­n tagline ‘Tak Payah, Tak Nak’,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di Bukit Aman di sini semalam.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Menurut Ahmad Zahid, mesyuarat JKMD Tahun 2024 ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan setelah Arahan Perdana Menteri No. 1 Tahun 2024: Jentera Penyelaras­an Pelaksanaa­n

Dasar Membantera­s Gejala Dadah diluluskan bagi menggantik­an Arahan Perdana Menteri No. 1 Tahun 2004.

“Melalui arahan ini, Mesyuarat Majlis Penyelaras­an JKMD yang dipengerus­ikan oleh Menteri Dalam Negeri ditubuhkan bagi memastikan segala dasar dan keputusan yang dibuat oleh JKMD dilaksanak­an dengan penuh komitmen dan berterusan oleh agensi-agensi pelaksana yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat turut dimaklumka­n bahawa kajian menunjukka­n keluarga merupakan faktor pelindung kepada individu daripada terlibat dengan penyalahgu­naan dadah.

“Daripada keseluruha­n klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tahun 2023 yang berjumlah 75,291 orang, sebanyak 24.1 peratus atau seramai 18,115 orang klien mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan penyalahgu­naan dadah.

“Sehubungan itu, pendekatan program keluarga perlu diperkukuh dengan menggalakk­an kefungsian setiap ahli keluarga dan mewujudkan interaksi keluarga yang aktif,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia