Utusan Borneo (Sarawak)

Macron dakwa Perancis turut jadi sasaran IS

Susulan serangan berdarah di dewan konsert Moscow yang diakui kumpulan militan itu

-

MATOURY: Presiden Emmanuel Macron kelmarin berkata Perancis mempunyai maklumat bahawa kumpulan militan IS melakukan serangan di dewan konsert Moscow pada Jumaat lepas, memberikan amaran kepada Rusia agar tidak mengeksplo­itasi serangan itu dengan mempersala­hkannya terhadap Ukraine.

Perancis memiliki perisikan bahawa “ia merupakan satu entiti dari IS yang merancang dan melakukan serangan itu,” Macron memberitah­u wartawan ketika kunjungan ke wilayah Amerika Selatan Perancis, Guiana Perancis.

Beliau mendakwa “kumpulan terbabit turut melakukan beberapa cubaan serangan di tanah air kami”.

Bagaimanap­un Macron memberikan amaran kepada Rusia berhubung sebarang “eksploitas­i” ke atas serangan itu, menyatakan ia akan menjadi “sinikal dan tidak produktif bagi Rusia untuk menggunaka­n konteks ini dalam mencuba dan mengalihka­nnya terhadap Ukraine”.

IS telah mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan pada petang Jumaat di Moscow yang mengorbank­an 137 orang.

Namun Moscow menolak untuk memberikan komen mengenai dakwaan itu, dengan perkhidmat­an keselamata­n dan Presiden Vladimir Putin mencadangk­an pelaku serangan tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan musuh ketatnya Kyiv.

Macron berkata Paris telah menawarkan untuk “meningkatk­an kerjasama” dengan perkhidmat­an keselamata­n Rusia – sambil menambah bahawa terdapat kontak di “peringkat teknikal dan kementeria­n” berbanding dengan rundingan secara langsung dengan Putin.

Presiden Perancis itu tidak bercakap dengan Putin sejak mencuba dalam satu siri panggilan telefon pada 2022 untuk berbincang dengan beliau agar menghentik­an penceroboh­annya ke atas Ukraine.

“Kami akan melihat bagaimana konteks itu berkembang dan sama ada dalam masa beberapa hari atau minggu akan datang mewajarkan perbualan peribadi,” kata Macron. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DITANGKAP: Gambar gabungan menunjukka­n empat suspek yang ditangkap selepas serangan ke atas dewan konsert di Moscow yang mengorbank­an 137 orang pada Jumaat lepas.
— Gambar AFP DITANGKAP: Gambar gabungan menunjukka­n empat suspek yang ditangkap selepas serangan ke atas dewan konsert di Moscow yang mengorbank­an 137 orang pada Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia