Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga orang hilang di Mexico temui 24 beg mayat manusia

-

GUADALAJAR­A: Sekumpulan ahli keluarga yang mencari sebahagian daripada kira-kira 100,000 orang yang hilang di Mexico menyatakan mereka telah menemui kirakira 24 beg mengandung­i mayat manusia di sebuah tanah perkuburan rahsia.

Tulang dan bahagian rangka lain yang hangus telah ditemui pada Ahad di sebuah ladang di El Salto di wilayah barat Jalisco, menurut kolektif Guerreros Buscadores.

Selepas tiba di tempat tersebut ditemani oleh kakitangan Pengawal Negara, kumpulan itu menemui sebuah lubang yang berasap dan berbau busuk, menurut salah seorang anggotanya, Indira Navarro.

“Semasa penggeleda­han, kami mula mengesan tulang, kulit dan daging manusia yang hangus,” beliau memberitah­u AFP, sambil menambah: “Kita bercakap mengenai sebuah perkuburan rahsia.”

Tidak ada komen segera dari pejabat pendakwa raya negeri, yang telah dijangka akan memeriksa kawasan tersebut.

Pencarian kolektif bagi orang yang hilang menyatakan bahawa kartel dadah dan beberapa kumpulan jenayah terancang menggunaka­n bata dan ketuhar lain untuk menghapusk­an mangsa mereka dan tidak meninggalk­an sebarang jejak.

Kebanyakan orang yang hilang di Mexico telah hilang sejak negara itu melancarka­n operasi besar-besaran terhadap kartel pada 2006.

Jalisco, yang menjadi lokasi perang saudara antara kumpulan dadah yang bermusuhan, adalah salah sebuah wilayah di mana ramai orang dilaporkan hilang.

Sebagai tambahan, hampir 450,000 orang telah dibunuh di seluruh negara itu sejak 2006.

Sistem forensik di negara itu terlalu terbeban, dan berpuluh ribu mayat yang tidak dikenal pasti terdampar tidak dituntut di rumah mayat atau kubur beramai-ramai. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENEMUAN MENGERIKAN: Tiga ibu dari kolektif Guerreros Buscadores memeriksa kawasan di mana mereka menemui 24 beg mengandung­i mayat manusia ketika mencari ahli keluarga yang hilang di sebuah ladang di El Salto, wilayah barat Jalisco pada Ahad lepas.
— Gambar AFP PENEMUAN MENGERIKAN: Tiga ibu dari kolektif Guerreros Buscadores memeriksa kawasan di mana mereka menemui 24 beg mengandung­i mayat manusia ketika mencari ahli keluarga yang hilang di sebuah ladang di El Salto, wilayah barat Jalisco pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia