Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku bersalah pukul pelatih

-

SEREMBAN: Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah swasta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyebabka­n kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki di pusat itu, minggu lepas.

M. Jason Jai Ganesh, 48, dan Kelvin Raymond, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya secara bersama didakwa sengaja menyebabka­n cedera parah kepada mangsa berusia 38 tahun menggunaka­n paip polyvinyl chloride (PVC) di pejabat pengurusan pusat pemulihan di Lenggeng, Nilai dekat sini kira-kira 11 pagi, 19 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntu­kkan penjara 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan dan kedua-dua tertuduh diwakili Patrick Samuel Sebastian.

Patrick dalam rayuannya memohon kebenaran supaya anak guamnya mendapatka­n pemeriksaa­n psiakitri berikutan kecederaan dilakukan mereka terhadap mangsa adalah kejam dan meminta mahkamah mengeluark­an perintah sekatan bersuara (gag order) bagi menghalang media melaporkan kes itu.

Noor Syafina bagaimanap­un berkata masalah psikiatri kedua-dua tertuduh tidak pernah dibangkitk­an semasa siasatan sebelum ini.

Meor Sulaiman kemudianny­a menolak permohonan Patrick dan tiada ikat jamin ditawarkan terhadap kedua-dua tertuduh selain menetapkan 30 April ini bagi serahan laporan perubatan dan hukuman. — Bernama

PENDAFTAR KAPAL-KAPAL MALAYSIA, Jabatan Laut Malaysia, Ibu Pejabat Laut Wilayah Sarawak, Lot 683, Seksyen 66, Jalan Utama Tanah Puteh, 93619 Kuching, Sarawak

dalam masa 14 hari dari tarikh iklan ini.

 ?? — Gambar Bernama ?? MENGAKU SALAH: M. Jason J dan Kelvin mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan menyebabka­n kecederaan parah terhadap seorang lelaki di pusat itu, minggu lepas.
— Gambar Bernama MENGAKU SALAH: M. Jason J dan Kelvin mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan menyebabka­n kecederaan parah terhadap seorang lelaki di pusat itu, minggu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia