Utusan Borneo (Sarawak)

Alcaraz melangkah ke pusingan keempat

Pada kejohanan Terbuka Miami setelah meraih kemenangan 6-2, 6-4 ke atas Monfils

-

MIAMI: Pemain pilihan utama Carlos Alcaraz melangkah ke pusingan keempat Terbuka Miami dengan kemenangan 6-2, 6-4 ke atas veteran Perancis, Gael Monfils di Stadium Hard Rock kelmarin.

Monfils yang berusia 37 tahun mengharung­i kuasa pemain Sepanyol itu sehingga dia mengalami kecederaan buku lali pada perlawanan kelima.

Monfils meneruskan perlawanan dengan berani, memaksa Alzaraz menghasilk­an beberapa pukulan pertahanan, namun pemain nombor dua dunia itu terlalu hebat untuk pemain Paris itu.

Keputusan terasa seperti ditetapkan, Alcaraz meredakan kekuatanny­a dan Monfils mendapat mata untuk mengurangk­an defisit kepada 5-3.

Monfils kemudianny­a menang servis sebelum Alcaraz menamatkan urusan untuk menempah tempat ke pusingan keempat menentang Lorenzo Musetti atau Ben Shelton.

“Dia seorang atlet yang hebat,” kata Alcaraz tentang Monfils, “Dia membaca hampir setiap bola jadi saya perlu bersabar tetapi pada masa yang sama, dengan pukulan depan saya, pukulan terbaik saya, cuba menggerakk­annya di sekitar gelanggang, untuk membuatkan­nya letih dan memberi peluang kepada diri saya untuk menguasai mata, sampai ke jaring, memukul pukulan terbaik saya.

“Itulah yang saya cuba lakukan dalam perlawanan itu dan ia berfungsi dengan baik,” tambahnya.

Terdahulu, pilihan keempat dari Jerman, Alexander Zverev, mengharung­i ujian sukar menentang pemain dari AmerikaChr­istopherEu­banks, menang 7-6 (7/4), 6-3.

Zverev meraih mata kemenangan apabila Eubanks melakukan servis pada kedudukan 5-3 sebelum mendapat mata awal pada permainan kedua untuk mendahului 3-0 dan memastikan kemenangan buat dirinya.

“Dia bermain dengan mantap dan tidak memberi saya peluang untuk menjadi agresif. Saya cuba mencampurk­an permainan dari garisan,” kata Zverev.

“Saya terkejut betapa bagusnya dia bermain dari garisan, tidak memberikan saya banyak kesilapan. Biasanya dia melakukan banyak kesilapan dan terlepas tetapi

“Dia seorang atlet yang hebat, Dia membaca hampir setiap bola jadi saya perlu bersabar tetapi pada masa yang sama, dengan pukulan depan saya, pukulan terbaik saya, cuba menggerakk­annya di sekitar gelanggang, untuk membuatkan­nya letih dan memberi peluang kepada diri saya untuk menguasai mata, sampai ke jaring, ” memukul pukulan terbaik saya.

Gael Monfils Pemain tenis

hari ini dia tidak bolos, terutama beberapa kali dalam set pertama,” tambahnya.

Alex De Minaur dari Australia meneruskan kejayaan dengan menang 7-6 (7/3), 6-4 menentang pemain pilihan ke-24 Jan-Lennard

Struff dari Jerman.

De Minaur akan menentang Fabian Marozsan pada pusingan seterusnya selepas pemain Hungary itu mara menerusi kemenangan 7-5, 6-3 ke atas Alexei Popyrin. — AFP

 ?? ?? ALCARAZ
ALCARAZ
 ?? ?? MONFILS
MONFILS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia