Utusan Borneo (Sarawak)

Jepun mara ke peringkat akhir kelayakan Piala Dunia 2026

-

TOKYO: Jepun telah bersedia untuk mara ke peringkat akhir kelayakan ke Piala Dunia 2026 tanpa menendang bola selepas FIFA menyatakan perlawanan mereka ke Korea Utara tidak akan dijadualka­n semula.

Korea Utara sepatutnya mengadakan perlawanan kelayakan pada hari Selasa di ibu negara Pyongyang tetapi lima hari sebelum itu, pegawai permainan secara tiba-tiba berkata bahawa negara terpencil itu tidak boleh menjadi tuan rumah tanpa memberi alasan.

Pada hari Jumaat, Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) berkata perlawanan itu ditamatkan dan pada hujung minggu FIFA berkata ia “tidak boleh dimainkan atau dijadualka­n semula”, memandangk­an kekurangan ruang dalam kalendar bola sepak antarabang­sa.

“Perkara ini dan keputusan perlawanan akan dirujuk kepada jawatankua­sa disiplin FIFA,” tambah badan induk dunia bola sepak itu.

Korea Utara akan diberi kekalahan 0-3, sekaligus menghantar Jepun ke peringkat ketiga kelayakan ke Piala Dunia di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Jepun menewaskan Korea Utara 1-0 di Tokyo pada Khamis untuk menandakan tiga kemenangan daripada tiga perlawanaa­n dalam Kumpulan B kelayakan Asia.

Jurulatih Hajime Moriyasu, yang membawa Jepun ke pusingan 16 akhir Piala Dunia Qatar selepas menang ke atas

Sepanyol dan Jerman, telah melihat perlawanan Korea Utara sebagai peluang untuk melakukan penambahba­ikan berikutan persembaha­n yang tidak memberansa­ngkan di tempat sendiri.

“Malang sekali kami kehilangan peluang untuk memperbetu­lkan bahagian yang membimbang­kan dan bahagian untuk penambahba­ikan,” katanya minggu lepas.

“Kami berhasrat untuk bertambah baik sebagai satu pasukan berdasarka­n apa yang telah kami bina setakat ini.”

Jepun disingkirk­an daripada suku akhir Piala Asia oleh Iran dengan kekalahan 1-2 bulan lalu selepas memasuki kejohanan itu sebagai pasukan pilihan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia