Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe gesa pasukan agar komited, tidak leka

-

MARSEILLE: Kapten Perancis Kylian Mbappe berkata kekalahan pasukan kepada Jerman dalam persahabat­an pada hujung minggu sepatutnya menjadi amaran menjelang Euro 2024, di mana Les Bleus merupakan salah satu pencabar utama.

“Kita perlu sedar bahawa jika kita bermain seperti itu dalam perlawanan besar yang menanti, kita bersedia untuk mengalami kekecewaan besar,” kata Mbappe kelmarin selepas pasukanya tewas 0-2 menentang tuan rumah Kejuaraan Eropah di Lyon .

Jerman mendahului menerusi jaringan Florian Wirtz selepas hanya lapan saat, dengan Kai Havertz menjaringk­an gol kedua mereka sejurus selepas separuh masa.

Ia menandakan kekalahan kedua Perancis sejak mereka tewas pada perlawanan akhir Piala Dunia 2022 menerusi sepakan penalti penentuan kepada Argentina di Qatar - kekalahan 1-2 dalam perlawanan persahabat­an menentang Jerman pada September lalu.

“Kini permainan itu sudah berakhir dan objektif kami adalah untuk menunjukka­n tindak balas. Kami perlu sedar bahawa kami tidak bermain dengan cukup baik,” tambah Mbappe, yang bercakap di Marseille, di mana Perancis akan menentang Chile dalam satu lagi perlawanan persahabat­an pada hari Selasa.

Les Bleus telah mara ke tiga final daripada empat kejohanan utama yang terakhir, dalam Kejohanan Eropah dan Piala Dunia.

Mereka memenangi Liga Negara-Negara UEFA pada 2021, dan dianggap sebagai pasukan pilihan untuk Euro bersama pasukan England.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Mbappe, menyatakan bahawa Perancis hanya menang sekali dalam enam perlawanan sebelum Piala Dunia lalu, namun berjaya mara ke final pertanding­an itu.

Sebaliknya kali terakhir mereka bermain di Euro pada 2021 dalam prestasi yang sangat baik, namun tewas pada pusingan 16 akhir menerusi penalti penentuan kepada Switzerlan­d.

“Ada kejohanan, kami tewas dalam perlawanan sebelumnny­a tetapi kemudian kami bermain dengan baik dalam pertanding­an itu sendiri.

“Ada juga pertanding­an di mana kami memenangi perlawanan persahabat­an tetapi akhirnya tersingkir dan pulang awal,”kataMbappe,yangmain untuk negaranya buat kali ke76 menentang Jerman ketika berusia hanya 25 tahun.

“Perlawanan persahabat­an memberi petunjuk tetapi ia bukanlah kebenaran. Buktinya ialah kami telah tewas dua kali kepada Jerman dalam perlawanan persahabat­an tetapi saya tidak pernah tewas kepada mereka dalam perlawanan kompetitif.”

Perancis berada dalam kumpulan bersama Belanda dan Austria pada Euro akan datang, yang akan berlangsun­g di Jerman dari 14 Jun hingga 14 Julai.

Mereka juga akan bersama pemenang kelayakan Selasa antara Wales dan Poland.

Mbappe juga berkata dia menjangka dia akan diejek oleh orang ramai di Marseille, dengan Perancis bermain di stadium musuh ketat kelab PSG.

“Tidak kira apakah sambutan yang akan saya dapat. Saya tetap akan memberikan yang terbaik,” katanya.

“Sejujurnya, saya faham jika saya disiul.”

Dia akan kembali ke Marseille bersama PSG untuk perlawanan liga pada hujung minggu akan datang. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TINGKATKAN STAMINA: Mbappe (tengah) hadir pada sesi latihan menjelang perlawanan persahabat­an menentang Chili di stadium Velodrome di Marseille, kelmarin.
— Gambar AFP TINGKATKAN STAMINA: Mbappe (tengah) hadir pada sesi latihan menjelang perlawanan persahabat­an menentang Chili di stadium Velodrome di Marseille, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? TURUN PADANG: Southgate melihat anak buahnya berlatih di Pusat Latihan Tottenham Hotspur, di Enfield, London kelmarin, menjelang perlawanan persahabat­an menentang Belgium.
— Gambar AFP TURUN PADANG: Southgate melihat anak buahnya berlatih di Pusat Latihan Tottenham Hotspur, di Enfield, London kelmarin, menjelang perlawanan persahabat­an menentang Belgium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia