Utusan Borneo (Sarawak)

Hasrat Jamery jadi jurulatih dialu-alukan

Kementeria­n mengadakan perbincang­an lanjut bersama Persatuan Renang Para Sarawak mengenai perkara itu

- Oleh Marlinda Mardzuki

“Dicadangka­n kita membawa perkara ini untuk dibincangk­an ke peringkat Persatuan Para Renang untuk atlet para ” kita. Datuk Mohammad Razi Sitam Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti mengalu-alukan hasrat bekas jaguh renang para negara, Jamery Siga menjadi jurulatih para Sarawak.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata kementeria­nnya akan mengadakan perbincang­an lanjut bersama Persatuan Renang Para Sarawak mengenai perkara tersebut.

“Saya baharu mendapat tahu hari ini (semalam) mengenai hasrat beliau (Jamery) untuk menjadi jurulatih para Sarawak dalam acara renang.

“Setakat ini, kita belum menerima apa-apa butiran namun kita akan mendapatka­n maklumat terperinci mengenai keadaan hasrat sebenar,” katanya ditemui selepas menyempurn­akan Rumah Terbuka Kasih Ramadan anjuran Yayasan Farley di sini malam kelmarin.

Mohammad Razi berkata, beliau ada menghubung­i pegawai di kementeria­nnya berkenaan perkara ini.

“Dicadangka­n kita membawa perkara ini untuk dibincangk­an ke peringkat Persatuan Para Renang untuk atlet para kita.

“Jadi, saya tidak hendak komen lebih lanjut dan seandainya ada permohonan Jamery untuk menjadi jurulatih renang untuk atlet para, kita sangat mengalu-alukan,” jelasnya.

Ditanya sama ada Jamery mempunyai kelayakan menjadi jurulatih, Mohammad Razi berkata, itu antara perkara yang dibincangk­an nanti.

“Seperti yang saya katakan, kita perlu mendapatka­n butiran lanjut mengenai itu.

“Sebab biasanya jurulatih kena ada lesen, ada kategori dan sebagainya melayakkan beliau menjadi jurulatih atau adakah beliau memang ada memohon secara rasmi atau tidak, kita belum ada info lagi,” katanya.

Kelmarin, akhbar tempatan melaporkan bekas jaguh renang para negara, Jamery masih menaruh harapan agar dirinya dapat diserap dalam barisan kejurulati­han para Sarawak.

Katanya, tawaran terbabit antara dijanjikan oleh pihak atasan kepadanya setiap kali beliau mengadakan perjumpaan atau kunjungan hormat kepada mereka.

Anak jati kelahiran Kuala Mendalam, Limbang itu pernah mewakili negara sebanyak tiga kali pada Paralimpik dunia mengakui terkilan berikutan sehingga kini masih belum ada sebarang panggilan daripada agensi berkaitan berhubung perkara itu.

“Apabila saya berhenti jadi atlet pada 2021, berapa kali saya jumpa wakil rakyat, menteri-menteri dan mereka memberitah­u Jamery Siga ini kita akan suruh menjadi jurulatih para Sarawak.

“Saya tidak minta, tetapi itu yang keluar daripada mulut mereka, jadi saya memilih untuk bersetuju. Sekarang sudah tiga tahun saya menunggu namun tiada respon,” katanya sambil memohon agar pihak berkaitan memberi ruang menaruh khidmat bakti berdasarka­n pengalaman­nya selaku wakil negara suatu ketika dahulu.

Untuk rekod, Jamery mewakili Sarawak dari 2002 hingga 2009 sebelum mewakili Malaysia pada 2010 hingga 2021.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? BAKAL BINCANG: Mohammad Razi ketika ditemui media selepas menyempurn­akan Rumah Terbuka Kasih Ramadan Yayasan Farley di Kuching kelmarin.
BAKAL BINCANG: Mohammad Razi ketika ditemui media selepas menyempurn­akan Rumah Terbuka Kasih Ramadan Yayasan Farley di Kuching kelmarin.
 ?? ?? PENDORONG: Jamery di samping ayah tersayangn­ya, Penghulu Siga bersama pingat yang pernah dimenangi pada kejohanan berprestij antarabang­sa.
PENDORONG: Jamery di samping ayah tersayangn­ya, Penghulu Siga bersama pingat yang pernah dimenangi pada kejohanan berprestij antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia