Utusan Borneo (Sarawak)

Pearly-Thinaah mungkin tidak diturunkan pada Piala Uber 2024

-

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulati­han Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky memberi bayangan pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M.Thinaah mungkin tidak diturunkan pada Piala Uber 2024 di Chengdu, China.

Memandangk­an skuad negara dijadualka­n berdepan laluan berliku pada pertanding­an itu, Rexy berkata barisan kejurulati­han merasakan bahawa lebih wajar sekiranya Pearly-Thinaah diketepika­n bagi membolehka­n mereka menumpukan pada persiapan ke Sukan Olimpik di Paris.

“Secara realistikn­ya sekiranya Pearly-Thinaah beraksi di Piala Uber mereka ada peluang menang satu perlawanan, namun nanti kesudahann­ya jadi 1-4 (tewas). Kita bukan mahu memperkeci­lkan peluang skuad Piala Uber namun itulah realitinya.

“Bagaimanap­un, ini bukan keputusan akhir kerana kami akan bincang dan dengar pandangan daripada pihak pengurusan BAM (Persatuan Badminton Malaysia),” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, semalam.

Skuad wanita negara yang merupakan pilihan ke-10 Piala Uber bakal mengharung­i misi mencabar dalam Kumpulan B bersama pilihan keempat Thailand, Taiwan (pilihan keenam) dan Australia.

Ditanya pasangan mana yang bakal mengisi tempat pasangan ke-13 dunia berkenaan, pakar beregu dari Indonesia itu berkata antara gandingan yang dipertimba­ngkan ialah Go Pei KeeLow Yeen Yuan serta pemain lain seperti Tan Zhing Yi dan Teoh Mei Xing.

Dalam pada itu, Rexy memaklumka­n barisan kejurulati­han akan bermesyuar­at hari ini bagi menentukan skuad Piala Thomas dan Piala Uber negara yang bakal beraksi pada 28 April5 Mei ini.

Skuad lelaki negara selaku pilihan kelima kejohanan badminton berprestij dunia itu diundi bersama jaguh Eropah dan juara edisi 2016, Denmark, Hong Kong (pilihan ke-12) serta Algeria. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia