Utusan Borneo (Sarawak)

ABK23: Arif Aiman cipta hatrik gelaran ‘Pemain Paling Bernilai’ Yakeb, DPMUM salur bantuan Ramadan, Aidilfitri kepada 58 bekas atlet negara

-

KUALA LUMPUR: Reputasi penyerang muda sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi ternyata sukar digugat apabila mencipta hatrik gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK23), malam kelmarin.

Bintang muda berusia 21 tahun itu mempertaha­nkan gelaran itu buat kali ketiga berturut-turut selepas menampilka­n prestasi cemerlang sepanjang musim bersama JDT.

Lebih manis, pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu turut menyapu bersih empat lagi gelaran iaitu Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik dan anugerah Gol Terbaik dicipta pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Perak FC.

Beliau turut berkongsi kemenangan Anugerah Kasut Emas - Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super bersama penyerang Selangor, Mohd Faisal Abdul Halim dengan keseluruha­n 12 jaringan sepanjang musim.

Sementara itu, seperti dijangka juara 10 kali berturut-turut Liga Super, JDT memenangi anugerah Pasukan

Terbaik selain pemainnya turut menggondol tiga lagi anugerah.

Antara anugerah lain diraih pemain Harimau Selatan itu adalah Ahmad Syihan Hazmi merangkul anugerah Penjaga Gol Terbaik manakala Muhammad Afiq Fazail menyambar gelaran Pemain Tengah Terbaik selain Bergson Da Silva memenangi anugerah Pemain Import Terbaik.

Terengganu FC berjaya memenangi anugerah Fair Play sementara pemain tengahnya, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menjadi

Pemain Terbaik selain pertahanan­nya, Muhammad Azam Azmi Murad meraih anugerah Pertahanan Terbaik.

Bagi anugerah Jurulatih Terbaik menjadi milik bekas jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe selain penyerangn­ya, Ayron Del Valle memegang gelaran Penjaring Terbaik Liga Super.

Selain itu, penyerang Kedah Darul Aman FC Ebenezer Kofi Assifuah-Inkoom meraih gelaran Penjaring Terbanyak Piala MFL dengan meledak keseluruha­n 16 jaringan pada musim lepas. — Bernama

KUALA LUMPUR: Seramai 58 bekas atlet menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilftri daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) bersama Dewan Perniagaan Muslim Malaysia (DPMUM).

Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata bantuan berjumlah RM20,000 terdiri daripada wang tunai keseluruha­n RM10,000 dan barangan makanan berjumlah sekitar RM200 hingga RM300 seorang.

“Pemilihan bekas atlet dibuat oleh penaja sendiri mengikut kriteria mereka yang mana layak menerima, seperti bekas atlet yang B40 atau bekas atlet yang tiada sara hidup dan sebagainya,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan itu di pejabat Yakeb di sini semalam.

Menurutnya pihak Yakeb telah menziarahi lapan penerima dan menyerahka­n sumbangan di rumah mereka manakala 50 lagi menerimany­a pada majlis semalam.

Dalam pada itu, Noorul Ariffin berkata Yakeb akan mengadakan program menyalurka­n bantuan hari raya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini dan bersama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah pada 4

April ini.

Sementara itu, legenda berbasikal trek negara Rosman Alwi yang merupakan seorang daripada penerima hari ini berkata bantuan tersebut sedikit sebanyak meringanka­n bebannya untuk membuat persediaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Alhamdulil­lah, terima kasih kepada Yakeb dan DPMUM atas inisiatif menghargai dan mengingati ahli sukan lama, sedikit sebanyak membantu keperluan harian kami.

“Saya harap bantuan ini akan berterusan, yang penting menghargai pemberian ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PASUKAN TERBAIK: JDT memenangi anugerah Pasukan Terbaik selain pemainnya turut menggondol tiga lagi anugerah pada ABK23 malam kelmarin.
— Gambar Bernama PASUKAN TERBAIK: JDT memenangi anugerah Pasukan Terbaik selain pemainnya turut menggondol tiga lagi anugerah pada ABK23 malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia