Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi memadam kebakaran tanah gambut dan hutan di Sungai Adong diteruskan

-

Teknik pengeboman air dari udara dan serangan langsung dari darat diteruskan pada hari keempat operasi memadam kebakaran tanah gambut dan hutan di Sungai Adong di sini, semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Ismaidi Ismail berkata, strategi pemadaman tertumpu pada sektor kawasan yang mempunyai kepala api yang masih aktif.

“Alhamdulil­lah, pagi tadi (semalam) saya telah ronda kawasan berkenaan mendapati keadaan ada okay sedikit hasil daripada operasi memadam kebakaran menerusi pengeboman air dari udara menggunaka­n helikopter Mi17 bomba semalam (Selasa).

“Hari ini (semalam) kita meneruskan penugasan dengan menggunaka­n helikopter bomba pada jam 11 pagi hingga 1 petang di mana kita menjangkak­an pesawat kita dapat membuat 20 kali pengeboman air di kepala api atau dianggarka­n kirakira 32,000 liter air dari kolam berdekatan,” katanya kepada Utusan Borneo di Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB) di Sungai Adong, di sini.

Selain itu katanya, operasi tersebut turut dibantu pesawat Bombardier milik Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

“Insya-Allah Bombardier milik APMM akan datang di Miri pada jam 1.30 petang dan akan terus membantu menjalanka­n operasi pemadaman menerusi pengeboman air dari udara sehingga jam 3 petang.

“Menerusi bantuan pesawat Bombardier ini kita menjangkak­an pesawat ini dapat menceduk air di sungai Kuala Baram berdekatan sebanyak sepuluh kali dengan muatan satu kali itu adalah enam tan.

“Dengan kerjasama dari pesawat Bombardier APMM, kita mengharapk­an agar api dapat dipadamkan dengan lebih cepat kerana kapasiti pesawat ini membawa air adalah lebih banyak,” ujarnya.

Sementara itu, Ismaidi turut memberi taklimat kepada beberapa agensi kerajaan yang hadir di lokasi di mana agensiagen­si ini akan terlibat sama dari segi kekuatan anggota dan peralatan bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut dengan lebih cepat.

Hadir sama pada taklimat berkenaan adalah Residen Bahagian Miri Jamalie Busri.

 ?? ?? PERJELAS: Ismaidi memberi taklimat tentang operasi memadam kebakaran kepada wakil-wakil agensi kerajaan, semalam.
PERJELAS: Ismaidi memberi taklimat tentang operasi memadam kebakaran kepada wakil-wakil agensi kerajaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia