Utusan Borneo (Sarawak)

Sri Aman bahagian terbaharu rabies

Pengisytih­aran pastikan lebih banyak usaha basmi rabies di bahagian terjejas oleh agensi berkaitan: Uggah

- Oleh Jessica Jawing

Bahagian Sri Aman telah diisytihar­kan sebagai bahagian jangkitan rabies baharu di Sarawak, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) itu berkata, pengisytih­aran itu telah dimaklumka­n Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah pada 25 Mac lalu susulan kes positif rabies haiwan baharu dikesan di bahagian itu, barubaru ini.

“Bahagian Sri Aman telah diisytihar­kan sebagai bahagian jangkitan rabies. Bahagian yang sebelum ini diisytihar­kan sebagai bahagian jangkitan rabies termasuk bahagian Kuching, Samarahan, Serian dan Bintulu.

“Sebanyak 29 kawasan masih kekal sebagai kawasan jangkitan rabies walaupun tiada haiwan positif rabies dikesan di kawasan tersebut bagi tahun 2024,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan sempena Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Membantera­s Rabies 2024 anjuran Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) yang dihadiri Pengarahny­a Datu Dr Adrian Susin Ambud di sini, semalam.

Menurut Uggah, pengisytih­aran itu adalah perlu bagi memastikan lebih banyak usaha membasmi rabies di bahagian terjejas oleh agensi berkaitan.

Katanya, sehingga semalam jumlah kematian keseluruha­n adalah 71 daripada 78 kes rabies pada manusia sejak wabak itu diisytihar­kan di Sarawak pada Julai 2017.

Beliau berkata, bagi tahun ini sahaja sebanyak 45 haiwan daripada 174 sampel telah diuji positif rabies dan haiwan rabies positif dikesan di Kuching adalah sebanyak 17, Bau (4), Lundu (2), Padawan (7), Samarahan (4), Serian (3), Tebedu (1), Sri Aman (1), Bintulu (3) dan Sebauh (3).

Katanya pada bulan Mac sahaja, terdapat 20 kes haiwan positif rabies dikesan termasuk di Bintulu, Kuching, Bau, Sri Aman, Padawan, Samarahan dan Serian.

Sementara itu, mengenai program vaksinasi antirabies haiwan, Uggah

berkata, pada tahun lepas hanya 44,874 ekor anjing telah divaksin oleh JPVS dan Pasukan Immune Belt Enforcemen­t Team (IBET) di seluruh Sarawak.

“Ia sangat jauh di bawah sasaran 70 peratus daripada anggaran 230,000 ekor anjing di negeri ini.

“Bagi mencapai dan mengekalka­n 70 peratus imuniti kumpulan, bengkel hari ini (semalam) mencadangk­an penubuhan 14 Pasukan Bergerak Veterinar (VMT) dan 12 Pasukan Penguat Kuasa,” katanya.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? BANTERAS BERSAMA: Uggah (depan, kanan) tiba bagi menyempurn­akan Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Membantera­s Rabies 2024 di Kuching semalam sambil diiringi Dr Adrian (depan, dua kanan) serta yang lain.
— Gambar Roystein Emmor BANTERAS BERSAMA: Uggah (depan, kanan) tiba bagi menyempurn­akan Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Membantera­s Rabies 2024 di Kuching semalam sambil diiringi Dr Adrian (depan, dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia