Utusan Borneo (Sarawak)

Salah guna dadah, lelaki mengaku tidak bersalah

-

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Muhammad Alrafizal Johari, 29, dari Kampung Pujut Padang Kerbau di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara hingga dua tahun dan serta-merta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaiman­a ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.05 malam, 28 Disember lalu di pejabat Bahagian Siasatan

Jenayah Narkotik Daerah Miri.

Terdahulu di hadapan mahkamah, pegawai pendakwa Inspektor Mudzilawat­i Abdul Rahman memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangk­an tertuduh telah mengaku tidak bersalah.

Majistret Randu Rangen yang mendengar kes itu membenarka­n permohonan tersebut dan menetapkan 2 Mei depan untuk pengurusan kes.

Tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM3,000 berserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia