Utusan Borneo (Sarawak)

KPDN serbu gudang disyaki terlibat jual aksesori tiruan

- Dari Muka 1

“Ini merupakan nilai rampasan tertinggi tahun 2024 bagi kes Akta Cap Dagangan 2019 dan kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam jagaan atau kawalannya bagi maksud perdaganga­n apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Justeru katanya, KPDN Sarawak memberi amaran keras terhadap mana-mana peniaga yang berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundanga­n yang telah ditetapkan.

Jelasnya, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM20,000 bagi setiap barangbara­ng yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

“Manakala bagi syarikat, sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar,” katanya.

KPDN katanya, ingin memberikan peringatan serta amaran kepada mana-mana peniaga agar tidak melakukan aktiviti menjual barang yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah.

“Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penjualan barangan tiruan boleh melaporkan kepada pihak KPDN bersama butiran yang lengkap melalui saluran berikut,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia