Utusan Borneo (Sarawak)

Bunuh isteri: Hukuman mati nelayan diganti dengan penjara 33 tahun

-

Seorang nelayan terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutua­n semalam menggantik­annya dengan hukuman penjara 33 tahun kerana membunuh isterinya, 23 tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais, mengetepik­an hukuman gantung yang diputuskan terhadap Abdul Razak Dalek, 71, selepas membenarka­npermohona­n semakannya di bawah Semakan Hukuman Mati dan Penjara Seumur Hidup (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutua­n),

Akta 2023 yang berkuat kuasa tahun lepas.

Abd Razak, 71, diperintah­kan menjalani hukuman dari tarikh dia ditangkap pada 3 September 2001.

Bapa kepada dua anak dan lima cucu itu, telah dipenjara selama 22 tahun dan enam bulan.

Abd Razak, melalui peguamnya Datuk Baljit Singh Sidhu telah merayu kepada mahkamah, untuk memberikan beliau peluang kedua dan meringanka­n hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya kepada hukuman penjara bagi membolehka­n lelaki itu menghabisk­an masa bersama anak-anaknya.

Baljit berkata, kejadian tersebut berlaku selepas isteri Abdul Razak meninggalk­annya.

Abd Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Johor Bahru pada 2006 kerana membunuh Rozita Haron, 39, yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hospital. Dia melakukan kesalahan itu di rumah abangnya di Parit Pecah, Parit Jawa, Muar pada 3 September 2001.

Pada 2009, Mahkamah Rayuan mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi sebelum kalah dalam rayuannya selepas ditolak Mahkamah Persekutua­n pada 2010.

Baljit Singh memberitah­u media bahawa Abd Razak dijangka dibebaskan hari ini, kerana penguranga­n satu pertiga daripada jumlah hukuman.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aznee Salmie Ahmad telah meminta mahkamah mengekalka­n hukuman mati dengan menyatakan bahawa Abd Razak telah menikam isterinya dengan pisau dan ia merupakan satu kejadian yang tragis.

Beliau berkata, jika mahkamah memutuskan untuk meringanka­n hukuman mati kepada hukuman penjara, maka hukuman penjara antara 35 tahun hingga 40 tahun perlu dikenakan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia