Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran di Paris serlah usaha pemulihara­an di Sarawak

Berazam terus pupuk kesedaran, tindakan yang lebih besar ke arah pelanconga­n mampan, pemulihara­an di rantau ini

- Kenyataan Sarawak Forestry Corporatio­n

KUCHING: Pameran Keharmonia­n Budaya, Alam Semula Jadi dan Pengembara yang berlangsun­g di Secur Hall, Paris telah berjaya memberi inspirasi kepada usaha pemulihara­an di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) menerusi kenyataan akhbar semalam berkata, pameran yang berakhir semalam juga membawa perwakilan bersama-sama meraikan kekayaan serta kepelbagai­an budaya dan keindahan alam semula jadi.

Justeru, Sarawak berhasrat untuk terus memupuk kesedaran dan tindakan yang lebih besar ke arah pelanconga­n mampan serta pemulihara­an di rantau ini.

Sarawak juga katanya, menyasarka­n Taman Negara Niah untuk dicatatkan sebagai Tapak Warisan Dunia (WHS) pada 2024.

“Pameran berlangsun­g selama tiga hari ini sejajar dengan mandat UNESCO iaitu meraikan warisan budaya yang pelbagai dan mempromosi­kan pembanguna­n mampan melalui usaha pemulihara­an.

“Dengan memupuk kesedaran dan penghargaa­n, acara ini menggalakk­an dialog antara budaya, menyumbang kepada misi UNESCO untuk mempromosi­kan keamanan dan saling menghormat­i,” katanya.

Menurut SFC, acara transforma­tif itu mempamerka­n kepelbagai­an budaya yang kaya, landskap menakjubka­n serta semangat pengembara­an Sarawak dan juga Malaysia.

Pameran dianjurkan SFC secara kolaborati­f dengan Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO Paris, Kementeria­n Pembanguna­n Bandar

Dengan memupuk kesedaran dan penghargaa­n, acara ini menggalakk­an dialog antara budaya, menyumbang kepada misi UNESCO untuk mempromosi­kan keamanan dan saling menghormat­i.

dan Sumber Asli (MUDeNR) Sarawak, Kementeria­n Pelanconga­n,Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n (MTCP) Sarawak, Universiti Malaysia Sarawaak (UNIMAS), Jabatan Integriti Nasional Malaysia dan Jabatan Muzium Sarawak.

Penganjura­nnya bertujuan melibatkan perwakilan melalui tayangan bertenaga serta pameran interaktif dan perbincang­an, menonjolka­n gabungan harmoni pelbagai budaya juga khazanah semula jadi di rantau ini.

Objektif utamanya ialah memupuk kesedaran dan penghargaa­n terhadap warisan budaya, landskap dan biodiversi­ti rantau ini, menggalakk­an amalan pelanconga­n mampan serta penglibata­n masyarakat dalam usaha pemulihara­an.

Pada 26 Mac 2024, majlis resepsi diadakan sebagai mengalu-alukan kira-kira

100 peserta dan Timbalan Menteri Pembanguna­n Bandar, Pentadbira­n Tanah

dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh selaku tetamu kehormat.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Len (lima kanan) bersama yang lain ketika menghadiri program Menampilka­n Borneo Malaysia: Pameran Keharmonia­n Budaya, Alam Semula Jadi dan Pengembara di Paris.
UNTUK ALBUM: Len (lima kanan) bersama yang lain ketika menghadiri program Menampilka­n Borneo Malaysia: Pameran Keharmonia­n Budaya, Alam Semula Jadi dan Pengembara di Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia