Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas: Fadhlina

- KUALA LUMPUR:

Kementeria­n Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kejayaan itu merupakan pencapaian ter-tinggi pernah dicapai oleh KPM dalam tempoh setahun.

“Urusan pengambila­n ini akan berterusan bagi 2024 dan seterusnya bagi mengisi kekosongan di sekolah-sekolah di bawah KPM,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeria­n itu di Dewan Negara, semalam.

Selain itu, Fadhlina berkata buat masa ini KPM tidak bercadang untuk mengkaji semula dasar sekolah vernakular dengan mewujudkan sistem pendidikan satu aliran.

Beliau berkata, dasar pendidikan sedia ada diteruskan dan tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk merapatkan jurang antara sekolah dalam negara bagi memastikan perpaduan nasional dapat dicapai melalui pendidikan.

“Dalam konteks ini, sekolah jenis apa pun kita tidak melihat ia sebagai satu halangan untuk menggalakk­an perpaduan. Malah, ia sebagai ruang terbaik untuk kita bersama-sama memberikan ruang kefahaman dan pengukuhan agenda perpaduan dalam kalangan anak murid.

“Saya sangat percaya dan optimis bahawa ke hadapan ini, generasi yang kita lahirkan benar-benar boleh buat apresiasi kepada perpaduan dengan pendekatan-pendekatan yang kita ambil ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika menggulung usul sama berkata Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha mewujudkan satu garis panduan bagi penguasaan

bahasa Inggeris berasaskan Common European Framework of Reference For Languages yang digunakan di peringkat antarabang­sa.

“Garis panduan ini akan digunakan oleh para pensyarah dan guru bahasa di universiti awam bagi membangunk­an kertas ujian penilaian dan pentaksira­n bahasa Inggeris bersesuaia­n dengan tahap

penguasaan pelajar berlandask­an standard antarabang­sa,” katanya.

Selain itu, beliau memaklumka­n KPT melalui Majlis Dekan Fakulti Perubatan Universiti Awam Malaysia sedang merangka pelan strategik latihan kepakaran perubatan bagi memenuhi keperluan pakar perubatan dalam negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERJELAS: Fadhlina ketika menghadiri sesi Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen, semalam.
— Gambar Bernama PERJELAS: Fadhlina ketika menghadiri sesi Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia