Utusan Borneo (Sarawak)

Jasa komuniti Kelabit semasa pendudukan Jepun dihargai

-

Komuniti Kelabit turut memperjuan­gkan kebebasan dan kedaulatan Sarawak daripada pendudukan Jepun, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala.

Beliau memberitah­u, kaum Kelabit berterima kasih kepada anggota Pasukan Z Khas kerana memulakan pembebasan Sarawak dari pendudukan Jepun bermula dari Bario dan secara kebetulan membawa dunia moden kepada masyarakat Kelabit.

“Pendedahan kepada dunia moden dan peperangan ketenteraa­n barat telah mewujudkan dimensi baharu bagi masyarakat dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menerokai dunia tertutup mereka.

“Ia juga membuka kemungkina­n baharu yang tidak pernah dibayangka­n oleh masyarakat tempatan sebelum ini dalam dunia tertutup mereka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Sambutan Ulang Tahun Ke-79 Operasi Semut oleh Unit Khas Z di Tugu Peringatan Bario di sini pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu itu berkata, selepas Perang Dunia Kedua berakhir, ramai masyarakat Kelabit telah menyertai pasukan Pengakap Sempadan, tentera dan polis.

“Secara keseluruha­n, kita menemui senarai lebih 300 orang Kelabit yang pernah berkhidmat sama ada dalam tentera, polis atau pengakap sempadan yang membentuk kira-kira lima peratus daripada jumlah penduduk Kelabit kita yang telah berkhidmat dalam menjaga keselamata­n dan keamanan negara.

“Hari ini mengingatk­an kita tentang nilai kebebasan,

keamanan dan kemajuan.

“Jangan sekali kita lupa sumbangan dan pengorbana­n generasi terdahulu yang menjadikan Bario dan masyarakat Kelabit seperti sekarang ini,” ujarnya.

Turut hadir ialah Presiden RURUM Kelabit Sarawak Dato Dr Phillip Raja, Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie dan isteri Puan Sri Elizabeth Moggie, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang, wakil Commonweal­th Defence Force Pegawai Warrant David McNamara, Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Arifin Mohamad serta dif-dif kehormat lain.

 ?? ?? APA KHABAR?: Gerawat disambut mesra sebagai tetamu kehormat Sambutan Ulang Tahun Ke-79 Operasi Semut oleh Unit Khas Z di Tugu Peringatan Bario pada Isnin.
APA KHABAR?: Gerawat disambut mesra sebagai tetamu kehormat Sambutan Ulang Tahun Ke-79 Operasi Semut oleh Unit Khas Z di Tugu Peringatan Bario pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia