Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak mampu capai sasaran empat juta pelancong tahun ini

Ia berdasarka­n kapasiti kemasukan pelawat pada Jan dan Feb: Ting

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n menjangkak­an sasaran kedatangan empat juta pelancong ke negeri ini mampu dicapai bersandark­an kepada kapasiti bulanan kemasukan pelawat.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting berkata pada Januari lalu, kemasukan dicatatkan 352,000 orang sementara pada Februari mencatatka­n sejumlah 397,785 orang.

“Jika dinilai keseluruha­n bagi dua bulan ini, jumlah kemasukan pelawat ke Sarawak adalah seramai 749,785 orang dan kita yakin sasaran empat juta pelancong tercapai pada Oktober kelak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengagihan Bubur Lambuk dan Pek Bonus anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri di Bintang Megamall di sini, petang kelmarin.

Hadir sama, Pengurus Stesen RTM Miri Saiful Arini dan pengerusi penganjur Mohamad Syazwan Kadel, Presiden Kelab Lions Batu Niah Andy Jong dan Pengurus Acara Bintang Megamall Miri Wong Lung Hing.

Ting berkata, pelancong dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura antara negara penyumbang utama statistik kemasukan pelawat ke Sarawak.

Ia menerusi kemasukan pelawat menggunaka­n jalan raya terutama pelawat dari Brunei dan Indonesia serta melalui penerbanga­n dari Singapura dan Indonesia ke Sarawak.

“Kebiasaany­a pada Januari dan Februari, jumlah kemasukan pelawat agak perlahan pada tahun sebelumnya namun pada tahun ini, jumlahnya bertambah dan kita jangka pada bulanbulan berikutnya ia akan terus meningkat,” katanya.

Majlis anjuran bersama Kelab Sosial MiriFM, Bintang Megamall Miri, Nando’s Peri Peri Chicken, Kelab Lions Batu Niah dan Shun Shen Lee Trading Miri itu turut dihadiri ahli Persatuan Orang Kurang Upaya (POKUFM).

Pada majlis itu, sejumlah kira-kira 1,000 bungkus masing-masing 500 bungkus bubur lambuk dan 500 bungkus bubur kacang hijau diagihkan kepada orang awam di pintu masuk Bintang Megamall Miri.

Bubur lambuk dan bubur kacang hijau itu dimasak sendiri oleh kakitangan RTM Miri secara gotong-royong bermula jam 7.30 pagi hingga diagihkan kepada orang awam pada sebelah petang.

Jika dinilai keseluruha­n bagi dua bulan ini, jumlah kemasukan pelawat ke Sarawak adalah seramai 749,785 orang dan kita yakin sasaran empat juta pelancong tercapai pada Oktober kelak.

Datuk Sebastian Ting Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

 ?? ?? AGIH SUMBANGAN: Ting menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ahli POKUFM pada Majlis Pengagihan Bubur Lambuk dan Pek Bonus anjuran RTM Miri di Bintang Megamall, petang kelmarin.
AGIH SUMBANGAN: Ting menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ahli POKUFM pada Majlis Pengagihan Bubur Lambuk dan Pek Bonus anjuran RTM Miri di Bintang Megamall, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia