Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua kaum bantu jadikan Sibu lebih baik untuk didiami: Tiang

Perkhidmat­an mereka diperlukan tanpa mengira waktu dan tempat

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Peranan yang dimainkan ketua kaum di daerah Sibu amat penting dalam membantu menjadikan bandar ini lebih baik dan lebih kondusif untuk didiami.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, oleh sebab itu Sibu mempunyai jumlah ketua kaum yang paling banyak.

“Ini menunjukka­n khidmat ketua kaum di Sibu amat diperlukan dan betapa pentingnya khidmat seorang ketua kaum ini,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaik­an notis pelantikan kepada ketua kaum Cina di Pejabat Daerah Sibu, semalam.

Seramai tujuh ketua kaum terdiri daripada seorang penghulu dan enam kapitan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan menerima notis pelantikan tersebut, termasuk dua pelantikan baharu.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, perkhidmat­an seorang ketua kaum seperti sebuah kedai serbaneka atau kedai 24 jam di mana mereka memberikan perkhidmat­an tanpa mengira waktu atau tempat.

“Peranan yang dimainkan ketua kaum ini amat penting kerana mereka merupakan barisan hadapan atau penghubung antara jabatan kerajaan dengan rakyat,” katanya sambil berterima kasih atas komitmen dan perkhidmat­an semua ketua kaum selama ini.

Dalam pada itu, Tiang juga menyeru ketua kaum yang baharu dilantik agar memberikan komitmen yang penuh dalam memberi perkhidmat­an kepada rakyat

Peranan yang dimainkan ketua kaum ini amat penting kerana mereka merupakan barisan hadapan atau penghubung antara jabatan kerajaan dengan rakyat.

Datuk Michael Tiang Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

di bawah bidang kuasa mereka.

Hadir sama pada majlis ialah

Pegawai Daerah Sibu Khalid Andong, Temenggung Dato Vincent Lau serta yang lain.

 ?? ?? JALANKAN TUGAS: (Duduk, dari dua kiri) Khalid, Tiang dan Lau bersama dengan ketua kaum yang menerima notis pelantikan mereka di Pejabat Daerah Sibu, semalam.
JALANKAN TUGAS: (Duduk, dari dua kiri) Khalid, Tiang dan Lau bersama dengan ketua kaum yang menerima notis pelantikan mereka di Pejabat Daerah Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia