Utusan Borneo (Sarawak)

Selesaikan isu penukaran tong gas kuning kepada merah dengan segera

-

Kesukaran yang dihadapi penduduk Limbang untuk menukar silinder gas petroleum cecair (LPG) MyGaz (tong kuning) kepada PETROS (tong merah) perlu diberi perhatian dan diselesaik­an pihak berkaitan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail berkata, terdapat aduan yang diterima pihaknya berhubung kesukaran penduduk di sini untuk menukar LPG MyGaz kepada tong merah ketika ini.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembanguna­n Wilayah mahu masalah itu tidak berlarutan dan diselesaik­an secara tuntas lebih-lebih lagi untuk kegunaan bulan Ramadan dan Aidilfitri ini.

“Isu ini memang masih ‘panas’ pada mulanya, selain pembekal ataupun pengedar menghadapi masalah untuk mendapatka­n bekalan tong, pengguna-pengguna yang hendak menukar tong juga berdepan masalah kerana banyak sangat birokrasin­ya.

“Jadi kita kena permudahka­nlah perkara ini supaya tidak mendatangk­an kesusahan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Cek Outright Grant (OG) kepada masjid dan surau dalam kawasan DUN Bukit Kota di Masjid Baitul Iman Daerah Limbang, semalam.

Turut hadir, Pegawai

Agama Islam Bahagian Limbang Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely.

Dr Abdul Rahman juga mahu pihak berkaitan terutama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memastikan segala bekalan asas, ayam dan daging mencukupi menjelang Aidilfitri ini.

Katanya, meskipun tidak berdepan isu kekurangan bekalan asas pada masa ini, tetapi perkara itu perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi kedudukan Limbang yang berdepan dengan masalah logistik.

Pada majlis itu, peruntukan sebanyak RM234,000 diagihkan kepada 81 penerima.

 ?? ?? MANFAATKAN: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyerahka­n geran kepada salah seorang wakil penerima disaksikan Abdul Rahim (dua kiri).
MANFAATKAN: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyerahka­n geran kepada salah seorang wakil penerima disaksikan Abdul Rahim (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia