Utusan Borneo (Sarawak)

APDP tidak terpakai untuk saman kerajaan jika data peribadi dalam PADU bocor: Tiang

-

Orang ramai yang telah mendaftar Pangkalan Data Utama (PADU) tidak boleh menuntut ganti rugi atau menyaman kerajaan sekiranya berlaku pelanggara­n dan kebocoran data milik mereka.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, Seksyen 3 Akta Perlindung­an Data Peribadi (APDP) 2010 menerangka­n dengan jelas akta ini tidak terpakai bagi kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri.

“PADU merupakan satu inisiatif oleh agensi kerajaan persekutua­n untuk mengumpul data peribadi dari seluruh rakyat di seluruh negara untuk membina satu pangkalan data pusat yang lengkap.

“Apabila kita bercakap mengenai data peribadi ini, ada APDP 2010 yang mengawal selia pemprosesa­n data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial dan menyediaka­n asas untuk perlindung­an data, termasuk persetujua­n, had tujuan dan keselamata­n data.

“Oleh itu mana-mana badan korporat atau entiti persendiri­an yang mengumpul data peribadi daripada orang ramai, mereka bertanggun­gjawab melindungi data tersebut agar tidak bocor.

“Jika berlaku kebocoran maklumat, individu atau kumpulan yang terjejas boleh menyaman pihak yang berkenaan mengikut akta ini,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaik­an notis pelantikan kepada tujuh ketua kaum di Pejabat Daerah Sibu, semalam.

Namun menurut Tiang, kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri terkecuali daripada APDP 2010, yang bermakna orang ramai tidak mempunyai peruntukan undang-undang bagi melindungi mereka sekiranya mana-mana agensi kerajaan yang menyebabka­n data peribadi bocor atau gagal melindungi data peribadi tersebut.

Disebabkan itu kata beliau yang merupakan seorang pengamal perundanga­n, tidak pernah ada manamana pihak yang mengambil tindakan menyaman atau menuntut ganti rugi kerana tiada undang-undang yang melindungi, lebih-lebih lagi membabitka­n agensi kerajaan jika data peribadi mereka bocor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu juga berpendapa­t, kerajaan persekutua­n boleh menggunaka­n data peribadi yang telah ada yang hampir lengkap milik agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyalurka­n subsidi dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

“Dengan hanya lebih kurang 20 peratus rakyat negara ini telah mendaftar PADU, bagaimana kerajaan persekutua­n mahu melaksanak­an subsidi bersasar atau memberikan bantuan,” soal Tiang.

Beliau juga memberitah­u kerajaan Sarawak mengarahka­n pendaftara­n PADU ditangguhk­an selepas membuat kajian menyeluruh dan mendapati tidak ada peruntukan undang-undang bagi melindungi data peribadi bagi mereka yang mendaftar.

Oleh itu katanya, kabinet negeri memutuskan menangguhk­an pendaftara­n PADU sementara terus berkomunik­asi dengan pihak kerajaan persekutua­n dalam isu terbabit.

Tiang juga memberitah­u, pusat khidmatnya menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai berhubung isu ini sama ada mereka perlu mendaftar atau sebaliknya selepas membaca berita mengenai pendirian kerajaan Sarawak mengenai isu PADU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia