Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Long Suling kini nikmati bekalan air bersih, kata Dennis

Projek turut mendapat sokongan dana RM920,031 kerajaan negeri

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Penduduk rumah panjang 120 pintu Long Suling kini sudah boleh tersenyum selepas menerima projek bekalan air bersih yang sudah siap sepenuhnya.

Projek itu dilaksanak­an secara gotong-royong dengan diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Datuk Dennis Ngau dan melibatkan kakitangan Pejabat Residen Miri, Pejabat Daerah Telang Usan, Persatuan Gerakan Kemanusiaa­n Malaysia (MyHumanita­rian), Yayasan Pusat Belia Antarabang­sa Kuala Lumpur (IYCKL), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Jabatan Hutan (JHS) Wilayah Miri dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Long Suling.

Menurut Dennis, projek itu turut mendapat sokongan kerajaan negeri yang memperuntu­kkan dana sebanyak RM920,031 untuk pembinaann­ya.

“Tiada sebarang elemen atau unsur keuntungan dalam program ini kerana ia merupakan hasil kerja gotong-royong 100 peratus daripada semua pihak dan sukarelawa­n yang terlibat dan disokong sendiri oleh penduduk rumah panjang Long Suling,” katanya semasa merasmikan program itu, kelmarin.

Long Suling terletak kirakira lima jam perjalanan dari Miri dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Beliau memberitah­u program selama dua bulan itu ternyata memberi faedah kepada dua belah pihak dengan

penduduk kampung belajar daripada sukarelawa­n dan pihak sukarelawa­n pula belajar dan memahami banyak mengenai gaya hidup, budaya dan sebagainya daripada penduduk kampung.

“Tiada langsung isu nak bawa agama lain ke rumah panjang dan saya memberi jaminan ini, sebaliknya program ini adalah jujur dan penuh ikhlas, dilaksanak­an oleh para sukarelawa­n daripada NGO terbabit.

“Sebagai wakil rakyat kawasan ini, adalah tanggungja­wab saya untum membantu rakyat dan kampung-kampung di kawasan saya.

“Justeru, saya amat berterima kasih di atas sokongan kerajaan dan bantuan agensi serta sukarelawa­n dalam menjayakan program ini kerana kalau kita mahu menunggu sistem loji, ia akan mengambil masa yang sangat lama,” jelas beliau lagi.

Tiada sebarang elemen atau unsur keuntungan dalam program ini kerana ia merupakan hasil kerja gotong-royong 100 peratus daripada semua pihak dan sukarelawa­n yang terlibat dan disokong sendiri oleh penduduk rumah panjang Long Suling.

Datuk Dennis Ngau ADUN Telang Usan

Seramai 45 sukarelawa­n dari seluruh negara yang terlibat tinggal di rumah panjang berkenaan sejak 16 Februari lalu bagi menyiapkan program tersebut yang turut melibatkan pemasangan paip air sepanjang 4.5 kilometer.

Mereka dijangka pulang hari ini.

Menurut Dennis, sejak 2019, pihaknya telah menyiapkan program bekalan air bersih itu di Kampung Long Puak, Uma Akeh, Sekolah Kebangsaan (SK) St Pius, Long Sayan, Long Latei, Long Watt dan Long Suling.

Seterusnya program tersebut akan dilaksanak­an di Kampung Nahah A, Long Apu.

 ?? ?? RASMI: Dennis mengguntin­g reben sebagai simbolik permulaan gotong-royong penyaluran bekalan air bersih ke Long Suling di pekarangan rumah panjang tersebut kelmarin, sambil disaksikan para sukarelawa­n dan penduduk kampung.
RASMI: Dennis mengguntin­g reben sebagai simbolik permulaan gotong-royong penyaluran bekalan air bersih ke Long Suling di pekarangan rumah panjang tersebut kelmarin, sambil disaksikan para sukarelawa­n dan penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia