Utusan Borneo (Sarawak)

Pembiakan iguana hijau liar di Taman Bulatan Miri ditangani MBM dan SFC

-

Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah mengambil langkah drastik menyelamat­kan spesies iguana hijau liar yang mulai membiak di Taman Bulatan Miri di sini, dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC).

Datuk Bandar Adam Yii yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut memberitah­u, pihaknya telah menerima aduan daripada orang ramai mengenai kewujudan spesies berkenaan di taman tersebut yang menimbulka­n kebimbanga­n terhadap keselamata­n mereka.

Iguana tersebut bagaimanap­un sebenarnya tidak membahayak­an manusia, namun boleh mengancam hidupan liar spesies asli tempatan.

Difahamkan iguana hijau ini berasal dari Mexico Selatan, Brazil Tengah, Paraguay dan Bolivia serta Caribbean.

“Pihak Majlis telah bekerjasam­a dengan SFC untuk menangani isu tersebut dan selepas perbincang­an lanjut, Majlis bersama SFC meneruskan operasi bersama pada 7 Februari lalu untuk menangkap dan melatih iguana eksotik ini,” jelas Yii.

Menurut beliau, iguana yang ditangkap itu kemudian dipindahka­n ke kawasan selamat di Miri untuk tujuan pendidikan pemulihara­an dan kesedaran tentang isu spesies invasif (hidupan liar eksotik).

Sarawak mematuhi Pelan Tindakan Kebangsaan Spesies Asing Invasif untuk menghapusk­an hidupan liar eksotik dari alam semulajadi­nya kerana haiwan ini mempunyai keupayaan hidupdanme­ngadaptasi­kan persekitar­annya, serta mampu mengatasi spesies asli yang liar.

Ini kerana dalam jangka panjang, spesies liar asal pula akan semakin terancam.

Setakat ini, tujuh ekor iguana telah berjaya ditangkap menggunaka­n langkah-langkah keselamata­n dan telah dipindahka­n ke kawasan selamat untuk didiami mereka.

Menurut Yii lagi, SFC akan meneruskan operasi sedemikian untuk membendung masalah populasi iguana tersebut.

Sehubungan itu, bagi mengawal haiwan ini daripada terus membiak orang ramai dinasihatk­an supaya tidak memberi makan dan memerangka­pnya sama ada dengan perangkap hidup atau jerat.

Perangkap haiwan hidup tradisiona­l yang diumpan dengan anggur, hirisan tembikai masak, betik atau mangga juga mungkin berkesan, terutamany­a jika perangkap telah diletakkan umpan terlebih dahulu.

Bagaimanap­un Yii memberitah­u, orang ramai yang berminat untuk menangkap hidupan liar itu diminta supaya bekerjasam­a dengan pihak SFC dan menghubung­i mereka jika berminat untuk menangkapn­ya.

Tambahnya, reptilia tersebut hidup di atas pokok dan sering dijumpai berhampira­n air dan ia juga merupakan haiwan yang gemar mengorek tanah.

Semasa cuaca sejuk dan basah, iguana hijau ini lebih suka tinggal di dalam tanah untuk kehangatan, selain mampu berenang dan menyelam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia