Utusan Borneo (Sarawak)

Limus agih sumbangan kepada asnaf sempena Ramadan

- Oleh Kenneddy Corlleus

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury mengambil pendekatan untuk melaksanak­an program agihan sumbangan kepada golongan asnaf sempena bulan Ramadan termasuk menyantuni pesakit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu ini berkata, walaupun berbeza pegangan agama ia tidak menghalang pihaknya untuk melaksanak­an program seumpama itu kerana percaya ia dapat membantu mereka yang memerlukan.

Beliau berkata, amalan itu juga adalah tanda keprihatin­an terhadap golongan asnaf dan pada masa sama menghormat­i pegangan agama masyarakat majmuk di kawasan Kuala Penyu serta Menumbok.

Selain sumbangan kepada asnaf, beliau turut menyampaik­an sumbangan kepada pengerusi-pengerusi masjid dan surau dalam Zon PDM Sitompok yang melibatkan Masjid Nurul Hayat Pekan Kuala Penyu, Surau Ekhwan Kg Kepayan Pekan dan Surau Kg Kemansian.

Sempena program itu juga, Limus berkesempa­tan menyampaik­an sumbangan kepada pelajar-pelajar Maad Tahfiz dan Tabung Surau Saad Abi Waqas Kg Gerowot yang diserahkan kepada Hakimi Chong Abdullah.

Di samping itu, sumbangan kepada pelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita (Kelas KAFA Kg Menunggang) yang diterima Imam Yahya Rastin turut disampaika­n.

Limus turut menyampaik­an sumbangan kepada

kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), imamimam, Pengerusi masjid dan surau di Kuala Penyu yang masing-masing diwakili Mohd Nazim Abdul Rahman (JHEAINS Kuala Penyu) dan Japar Mijin bagi JHEAINS Menumbok.

Pada majlis Iftar Ramadan yang diadakan di Masjid Nurul Hayat Pekan Kuala Penyu, Limus meluluskan peruntukan RM14,000 untuk masjid itu bagi membina

ruangan pantri masjid berjumlah RM6,000 manakala RM8,000 lagi adalah untuk majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau akan meneruskan agihan sumbangan bakul makanan kepada kira-kira 3,630 Ketua Isi Rumah (KIR) menyambut Hari Raya Aidilfitri termasukla­h ibu tunggal, anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit terlantar di DUN itu.

 ?? ?? AGIH: Limus menyerahka­n sumbangan kepada asnaf yang diterima wakil pemimpin masyarakat sempena majlis itu.
AGIH: Limus menyerahka­n sumbangan kepada asnaf yang diterima wakil pemimpin masyarakat sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia