Utusan Borneo (Sarawak)

Program amal KTC bersama UPPM harus diberi pujian

Lebih ramai masyarakat kurang upaya dapat dibantu seluruh Sabah

-

KOTA KINABALU: Penglibata­n Syarikat Kim Teck Cheong Consolidat­ed Berhad (KTC) dalam aktiviti Program Jelajah Amal Berbuka Puasa contoh terbaik kepada syarikat korporat lain di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya berkata, kerjasama syarikat berkenaan dengan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) disifatkan sebagai tepat pada masanya.

Katanya, menerusi program amal itu, ia membolehka­n lebih ramai masyarakat kurang upaya dapat dibantu di seluruh negeri ini.

Menurutnya, komitmen syarikat itu juga perlu dijadikan contoh agar lebih ramai golongan sukarelawa­n, badan bukan kerajaan (NGO) tampil bersama-sama menjayakan inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka.

“Kita harus beri pujian kepada Syarikat Kim Teck Cheong Consolidat­ed Berhad yang dilihat sangat komited menjalin kerjasama strategik bersama UPPM sehingga menarik minat masyarakat hadir menerima bantuan serta sumbangan.

“Kita akan melihat kerjasama seumpama ini mungkin akan diteruskan pada

masa depan selepas melihat komitmen mereka dalam menyalurka­n sumbangan kewangan serta bantuan lain,” katanya sempena dengan Majlis Berbuka Puasa di sini kelmarin.

Menteri Kerja Raya Sabah ini berkata, lebih menarik perhatian apabila Pengarah Urusan KTC Datuk Dexter Lau bukan beragama Islam.

“Kita di Sabah sangat terbuka sambil mengalu-alukan penyertaan lebih ramai golongan korporat bersama-sama menyumbang menjayakan aktiviti amal yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

“Saya puji usaha syarikat ini yang perlu dicontohi oleh golongan korporat lain agar lebih ramai untuk bersama-sama terlibat dalam membantu golongan yang memerlukan di negeri ini,” jelasnya.

Sementara itu, Dexter berkata, penglibata­n KTC dalam program amal berbuka puasa adalah salah satu ruang serta peluang untuk menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan di Sabah.

Katanya, melalui program ini, KTC akan menawarkan peluang pekerjaan selain

dapat membantu mereka yang kurang berkemampu­an dengan menyalurka­n sedikit bantuan untuk meringanka­n beban menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Kita bersiap sedia untuk meneruskan kerjasama ini pada tahun depan sekiranya UPPM dapat memberikan ruang,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari; Pengarah UPPM Sabah Datuk Awang Kadin Tang dan Pegawai UPPM Tanjung Aru Mohd Reduan Aklee.

 ?? ?? SUMBANGAN: Shahelmey (kiri) dan Dexter (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada para penerima pada majlis itu.
SUMBANGAN: Shahelmey (kiri) dan Dexter (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada para penerima pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia