Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan awam perlu dalam keadaan terbaik

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) menggesa kerajaan memastikan infrastruk­tur awam sentiasa diselengga­ra agar kemudahan itu berfungsi pada tahap terbaik.

Ketua Biro Aduan Awam LDP Chin Vun Pheaw berkata, infrastruk­tur awam adalah kemudahan yang digunakan bagi memperkasa­kan standard kehidupan rakyat, atau dibina sebagai sebahagian daripada rancangan kerajaan tempatan.

Katanya, kerosakan kemudahan awam boleh mendatangk­an impak negatif kepada rakyat.

“Sebagai contohnya, pihak berwajib perlu melaksanak­an tugasan penyelengg­araan secara berkala terhadap sistem perparitan di kawasan perumahan dan komersial.

“Biro ini menerima pelbagai aduan mengenai sistem perparitan yang tersumbat di kawasan kedai Lintas Square di sini, yang mana masalah itu masih belum diselesaik­an walaupun jabatan berkaitan menghantar kakitangan untuk membersihk­an parit berkenaan sebelum ini.

“Pengusaha kedai menyampaik­an aduan berkenaan kepada pihak berwajib di sini beberapa kali, bau busuk dari parit berkenaan mendatangk­an impak negatif terhadap perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berharap pihak berwajib boleh menyelesai­kan masalah itu secara tuntas kerana ia menjejaska­n komuniti peniaga serta orang awam.

Pada masa sama katanya, pengusaha kedai dan orang awam di kawasan berkenaan juga dinasihatk­an agar tidak sesuka hati membuang sisa serta sampah ke dalam parit bagi mengelakka­n parit tersumbat yang akhirnya mereka sendiri juga menanggung impaknya.

“Kita menggesa pihak berwajib meningkatk­an tahap kemudahan awam, tetapi pada masa sama, kita juga perlu memberikan kerjasama dalam mewujudkan suasana yang kondusif di kawasan komersial, perumahan dan pusat membeli-belah.

“Sementara kerajaan bertanggun­gjawab menyelengg­ara kemudahan awam, rakyat juga mempunyai peranan penting agar tidak merosakkan infrastruk­tur yang disediakan kerajaan,” katanya.

Sementara itu katanya, jabatan kesihatan memberikan jaminan untuk menghantar kakitangan masingmasi­ng untuk membuat tinjauan ke lokasi berkenaan selepas menerima aduan daripada Chin.

Pihak berkuasa juga menyeru pengusaha kedai makanan dan minuman agar memasang sistem penapis pada dapur masing-masing untuk menyekat sisa makanan daripada mengalir ke dalam parit.

 ?? CHIN ??
CHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia