Utusan Borneo (Sarawak)

Pembaharua­n fiskal diperlukan agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan mampan: PM

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanak­an pembaharua­n fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bagi mengorak langkah Malaysia menggapai tahap ekonomi berpendapa­tan tinggi yang bersandark­an nilai manusiawi, pembaharua­n fiskal akan ditumpukan kepada penyasaran subsidi dan memperluas asas hasil bagi mewujudkan ruang fiskal yang dapat diagihkan untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

“Kerajaan MADANI juga akan menoktahka­n gejala ketagihan kepada hutang bagi memulihkan keyakinan pelabur luar,” katanya dalam hantaran di laman X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) semalam.

Anwar berkata langkah reformasi fiskal ini adalah sesuatu yang berat bagi semua pihak, namun usaha ini perlu dimulakan untuk merancakka­n semula ekonomi negara yang tidak berkembang sejak lebih 20 tahun lepas.

“Dengan hasil cukai sebanyak 11.8 peratus sahaja daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kerajaan mempunyai ruang terhad untuk melabur dalam aspek pembanguna­n rakyat dan memberi bantuan sewajarnya kepada golongan rentan dan yang memerlukan,” kata beliau.

Kelmarin, Anwar telah mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Fiskal (FPC) yang membincang­kan dan meneliti senario terkini ekonomi Malaysia serta unjuran jangka pendek dan sederhana kedudukan fiskal negara.

Beliau berkata dalam mesyuarat FPC tersebut, ahli jawatankua­sa senada untuk memperkuku­h Pejabat Pengurusan Hutang (DMO) bagi menambah baik pengurusan hutang kerajaan serta memperkema­s peranan Pejabat Perhubunga­n Pelabur (IRO) di bawah Kementeria­n Kewangan, yang menjadi pusat rujukan utama untuk pelabur pasaran.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air Dato Sri Fadillah Yusof, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Datuk Johan Mahmood Merican, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour serta pegawai kanan Kementeria­n Kewangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia