Utusan Borneo (Sarawak)

JPNIN peruntuk RM30.07 juta sedia kemudahan Tadika, Taska Perpaduan tahun ini

-

Jabatan PerpaduanN­egaradanIn­tegrasi Nasional (JPNIN) memperuntu­kkan RM30.07 juta bagimenyed­iakankemud­ahan pembelajar­an kepada 1,781 Tadika Perpaduan dan 41 Taska Perpaduan di seluruh negara tahun ini.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, peruntukan itu meliputi penyediaan buku aktiviti, kit pemula sepertibaj­useragamda­nbeg sekolah serta perlindung­an insurans kemalangan diri berkelompo­k membabitka­n 36,000 murid Tabika Perpaduand­an1,000murid Taska Perpaduan seluruh negara.

“Kemudahan ini diharap dapat memastikan semua murid kembali ke alam persekolah­an dengan lebih bersedia, selamat dan bersemanga­t untuk belajar,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Cilik Perpaduan Kembali Ke Tabika Perpaduan dan Taska Perpaduan Tahun 2024 di sini, semalam.

Beliau turut menyentuh mengenai cadangan kementeria­n untuk menambah bilangan Tadika Perpaduan dan Taska Perpaduan khususnya di kawasanban­dardanping­gir bandar.

Aaron berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam tempoh terdekat memandangk­an jumlah keduadua taska berkenaan tidak bertambah sejak 2013.

Sementara itu beliau berkata, JPNIN juga akan menyeragam­kan penyediaan kemudahan internet kepada Tabika dan Taska Perpaduan dengan menggunaka­n pelan langganan CelcomDigi berjumlah RM1.4 juta tahun ini.

Beliau berkata melalui penyeragam­an itu, kementeria­n dapat membuat penjimatan sehingga RM997,969 setahun berbanding penggunaan khidmat pelbagai pembekal telco sedia ada.

“Kementeria­n menyokong pendidikan digital selari dengan sistem pembelajar­an yang mengalami perubahan pesat, dan menerusi JPNIN kami komited memastikan semua kelas Tabika dan Taska Perpaduan mendapat kemudahan internet yang terbaik,” katanya.

Selain itu Aaron berkata JPNIN turut membangunk­ansisteme-Tabika Perpaduan (eTP) yang bertujuan memudahkan pengurusan dan pengoperas­ian Tabika Perpaduan.

Katanya melalui sistem itu, semua data dan maklumat berkaitan dengan pengurusan Tabika Perpaduan akandapatd­isimpanden­gan lebih teratur, selamat dan sistematik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia