Utusan Borneo (Sarawak)

Isu pelancong asing ‘overstay’, JKPK panggil wakil KDN dan JIM

-

Wakil daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen (JIM) telah dipanggil bagi memberikan penerangan tentang faktor yang menyebabka­n jumlah kenaikan pelancong asing tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan dan langkah menangani isu itu.

Pengerusi Jawatankua­sa

Pilihan Khas Keselamata­n (JKPK) bagi Siasatan Terhadap Isu Overstay Pelancong Asing di Malaysia Datuk Jonathan Yasin berkata, turut dipanggil adalah wakil daripada Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Beliau berkata wakil kementeria­n diminta memberikan taklimat berkenaan prosedur dan pemantauan aktiviti ejen pelanconga­n tidak berdaftar yang menjurus kepada isu pelancong tinggal melebihi had masa ditetapkan.

“Jawatankua­sa berpandang­an isu ‘overstay’ (tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan) dalam kalangan pelancong asing di negara ini tidak boleh diabaikan.

Kehadiran mereka yang tidak dapat dikesan ataupun dipantau sehingga menimbulka­n persoalan tentang kegiatan dilakukan dan berkemungk­inan boleh mengganggu gugat keamanan serta keharmonia­n masyarakat negara ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Jonathan, selain menangani kebimbanga­n berkaitan isu itu, sesi prosiding berkenaan juga telah membuka peluang kepada jawatankua­sa untuk menyemak prosedur yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen di pintu-pintu masuk negara dan MOTAC bagi mengawal kegiatan dan aktiviti ejen pelanconga­n tidak berdaftar.

“Mereka ini membawa masuk pelancong ke Malaysia dan turut menyumbang kepada jumlah pelancong ‘overstay’ di negara ini,” katanya.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata jawatankua­sa terbabit komited untuk memainkan peranan sebagai mekanisme semak dan imbang kepada badan eksekutif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia