Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA tingkat pengedaran beras tempatan 2,500 tan metrik mulai April

- GEORGE TOWN:

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) akan meningkatk­an kapasiti pengedaran beras putih tempatan (BPT) daripada 1,800 tan metrik (MT) sebulan kepada 2,500 MT bermula April bagi memenuhi keperluan rakyat di negara ini.

Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata, langkah itu juga atas permintaan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) baru-baru ini agar FAMA meningkatk­an lagi pengedaran beras.

“Sebelum ini, FAMA mengedarka­n sebanyak 1,800 MT atau 180,000 kampit beras 10 kilogram (kg) setiap bulan dan bermula bulan depan, FAMA akan mengedarka­n sebanyak 2,500 MT atau 250,000 kampit beras yang akan dipasarkan di outlet-outlet kami seperti di Agro Bazar, Pusat Jualan Agro Madani dan Pusat Operasi FAMA.

“Dari segi harga, ia masih kekal RM26 bagi setiap kampit beras 10 kg kerana harganya memang dikawal dan kita juga hadkan setiap kampit bagi setiap orang supaya pengunjung lain juga dapat membeli beras itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Agrofiesta Aidilfitri 2024 di sini semalam, yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Koperasi, Agroteknol­ogi dan Keterjamin­an Makanan negeri Fahmi Zainol.

Abdul Rashid berkata FAMA adalah antara agensi di bawah Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) digerakkan untuk membekalka­n beras tempatan yang mencukupi bagi kegunaan penduduk setempat.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata pihaknya akan meningkatk­an import bekalan bawang dari China susulan keputusan India yang terus melarang eksport sayuran terbabit.

Langkah itu katanya, bagi menampung permintaan bekalan bawang di negara ini dalam masa sama memastikan harga jualan sayuran itu terkawal.

Mengenai bekalan barangan bersempena dengan sambutan Aidilfitri, Abdul Rashid berkata FAMA sentiasa memastikan semua bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang perayaan itu.

Menurut beliau, ketika ini bekalan barangan asas adalah stabil dan harga yang ditawarkan juga berpatutan walaupun terdapat kenaikan harga bagi beberapa barangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia