Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perkenal SolaRIS galak pasang PV di kediaman

Pelancaran SolaRIS dijangka akan meningkatk­an penerapan penjanaan solar dalam kalangan rakyat di bawah program NEM

- Dato Sri Fadillah Yusof Timbalan Perdana Menteri

Mengambil kira potensinya yang besar, pemasangan sistem solar PV di premis kediaman wajar diperluask­an bagi menyokong usaha kerajaan untuk meningkatk­an kapasiti TBB dalam sistem pembekalan elektrik kepada 70 peratus menjelang tahun 2050 serta mampu mengurangk­an perlepasan karbon oleh sektor bekalan elektrik.

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkena­lkan Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS) iaitu program insentif khusus untuk menggalakk­an pemasangan sistem solar fotovoltai­k (PV) di premis kediaman di bawah program Net Energy Metering (NEM).

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air Dato Sri Fadillah Yusof berkata pemasangan sistem solar PV di premis kediaman oleh pengguna domestik merupakan langkah ‘quick wins’ bagi membolehka­n ruang bumbung bangunan dimanfaatk­an untuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB).

“Mengambil kira potensinya yang besar, pemasangan sistem solar PV di premis kediaman wajar diperluask­an bagi menyokong usaha kerajaan untuk meningkatk­an kapasiti TBB dalam sistem pembekalan elektrik kepada 70 peratus menjelang tahun 2050 serta mampu mengurangk­an perlepasan karbon oleh sektor bekalan elektrik,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata pelancaran SolaRIS dijangka akan meningkatk­an penerapan penjanaan solar dalam kalangan rakyat di bawah program NEM, dengan ketetapan pemberian rebat berjumlah RM1,000/kWac sehingga

maksimum RM4,000 kepada pengguna baharu NEM Rakyat yang mengemukak­an permohonan NEM kepada Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada dan selepas 1 April 2024.

Skim itu terbuka kepada semua warganegar­a Malaysia dengan had tuntutan sekali bagi setiap seorang yang merupakan pemegang akaun Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan juga terbuka kepada mereka yang merupakan pemohon kali pertama bagi program NEM.

Pemberian rebat adalah berdasarka­n prinsip ‘first come first served’ bagi kuota NEM Rakyat yang dimohon bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.

Selain itu beliau berkata pembayaran rebat hanya akan dibuat selepas pemasangan serta pengoperas­ian sistem solar PV di bawah program NEM Rakyat, atas nama pemegang bil dan akan didepositk­an ke dalam akaun bank tempatan pengguna, tertakluk kepada terma dan syarat tuntutan.

Pemberian insentif itu akan dikendalik­an oleh TNB dan perincian program berkenaan boleh didapati di laman sesawang TNB, SEDA Malaysia dan Suruhanjay­a Tenaga.

Fadillah berkata bagi memperluas­kan penglibata­n rakyat dalam penjanaan TBB, kerajaan juga bersetuju untuk meluluskan kuota tambahan 100 megawatt (MW) di bawah Program NEM Rakyat, menjadikan jumlah kuota yang diperuntuk­kan meningkat kepada 350MW.

Permohonan kuota untuk Program NEM Rakyat dibuka sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kesemua kuota yang diperuntuk­kan habis diagihkan, yang mana terdahulu.

Dengan ketetapan itu Fadillah berkata Kementeria­n Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air (PETRA) yakin SolaRIS mampu menarik lebih ramai pengguna domestik untuk menyertai dan menikmati manfaat daripada pemasangan sistem solar di premis kediaman, seterusnya menyumbang kepada aspirasi peralihan tenaga serta sasaran neutral karbon negara menjelang 2050. — Bernama

 ?? ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia