Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini: Saraswathy

-

Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga 2012 kini dalam proses kemas kini sebelum dibawa ke Kabinet, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.

Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanak­an pada masa ini.

“Ia juga untuk memperkasa­kan lagi fungsi rukun tetangga mengikut bidang tumpuan yang sedang diberikan keutamaan oleh Jabatan Perpaduan Negara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai)

mengenai status terkini semakan dan pindaan kepada Akta Rukun Tetangga 2012 untuk memperkasa­kan fungsi Komuniti Rukun Tetangga (KRT) seiring cabaran semasa.

Saraswathy berkata setakat ini, terdapat 8,428 KRT telah ditubuhkan di seluruh negara dengan keanggotaa­n sebanyak 210,000 orang meliputi 12.5 juta penduduk.

Bagi tahun ini, beliau berkata fokus utama Kementeria­n Perpaduan Negara adalah untuk menggerakk­an inisiatif pemerkasaa­n KRT sebagai penggerak komuniti progresif menerusi lapan bidang tumpuan.

Katanya, ia melibatkan bidang ekonomi dan sara hidup, keselamata­n dan ketahanan diri, kepimpinan, kesejahter­aan komuniti, pembelajar­an sepanjang hayat, alam sekitar, warisan budaya dan digital.

Selain itu, beberapa aktiviti dirangka untuk menggalakk­an penyertaan golongan muda dalam KRT antaranya Program Young, Effective and Smart (YES), Jiran Muda, e-Usahawan dan Pasukan Inovasi Jiran Muda.

Saraswathy menjawab soalan asal Azman mengenai usaha penambahba­ikan kementeria­n untuk memperkasa­kan KRT serta menggalakk­an golongan muda dalam aktiviti kesukarela­wanan rukun tetangga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia