Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan tadarus al-Quran program rutin bukan sahaja di bulan Ramadan

- Oleh Muhammad Basir Roslan

PERISTIWA Nuzul Quran yang berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan tanggal 6 Ogos tahun 610 Masihi ketika Nabi Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira adalah detik penting turunnya ayat pertama al-Quran kepada baginda Rasulullah.

‘Nuzul’ perkataan bahasa Arab bermaksud turun dan lima ayat Surah al-Alaq diturunkan oleh Allah SWT kepada baginda Rasulullah melalui Malaikat Jibril, menekankan peripentin­gnya membaca dan belajar pelbagai ilmu supaya dapat menghapusk­an kejahilan dalam kalangan manusia.

Penurunan ayat al-Quran ini kemudianny­a berterusan secara berperingk­atperingka­t sehingga lengkap keseluruha­n 30 juzuk yang mengambil masa selama 23 tahun. Maka tidak hairanlah pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, ramai yang bertadarus al-Quran (majlis membaca al-Quran secara berkumpula­n) termasuk di masjid dan surau.

Namun bukan semua orang mampu menghadiri­nya disebabkan pelbagai kekangan termasuk tuntutan pekerjaan. Oleh itu, apakah kaedah terbaik bagi kita mencari masa dan meluangkan waktu yang ada demi terus membaca dan mentaddabu­r (perenungan yang menyeluruh untuk mengetahui maksud dan makna) al-Quran?

JADIKAN KEUTAMAAN

Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia Dr Muhammad Hafiz Saleh ketika berkongsi pandangann­ya berkata, umat Islam seharusnya berusaha ‘mencuri’masayangad­auntuk mula membaca kitab suci itu, berbanding hanya menunggu masa lapang yang sesuai untuk melakukann­ya.

Menurut beliau, seandainya pembacaan al-Quran itu dijadikan sebagai sesuatu yang perlu diutamakan dalam kepadatan jadual, sudah pasti Allah SWT akan membukakan jalan yang luas untuk memudahkan urusan harian yang lain.

“Mengambil hikmah serta pedoman daripada asbab penurunan al-Quran secara berperingk­at selama 23 tahun itu, kita dapat melihat betapa Rasulullah sangat bersabar ketika dibacakan ayat-ayat al-Quran oleh Malaikat Jibril dan seterusnya sanggup pula meluangkan masa demi mengajarka­nnya kepada para sahabat Baginda.

“Demi menghargai jasa besar Rasulullah dan para sahabatnya, kita perlulah memanfaatk­an kitab suci ini dengan menjadikan­nya sebagai sumber motivasi diri. Lihatlah betapa besar ujian dihadapi para nabi dan rasul terdahulu, namun semuanya tetap dihadapi dengan tenang dan penuh taqwa (ketakutan kepada Allah).

“Sama juga seperti apa yang kita lalui pada zaman sekarang, biarpun banyak liku perlu ditempuh, namun berkat ketaqwaan dan yakin kepada-Nya menerusi usaha kita memperbany­akkan bacaan al-Quran, maka pasti Allah akan tunjukkan solusi yang didambakan pada masa yang tidak disangka-sangka,” jelasnya lagi.

Beliau menambah, sekiranya umat Islam mentaddabu­r kisah ujian Nabi Yunus yang ditelan ikan paus di tengah lautan sehingga menjadi buntu, namun berkat kesabaran dan doa tidak putusputus kepada Allah maka baginda akhirnya berjaya diselamatk­an oleh Allah.

“Kisah-kisah penuh inspirasi sebegini hanya dapat kita ketahui sekiranya kita tetap rajin menelaah dan membaca al-Quran. Oleh itu marilah kita berusaha untuk membaca dan merenung makna al-Quran setiap hari, walaupun hanya untuk beberapa minit. Ia adalah

cara paling ampuh untuk berhubung dengan Allah serta mencari bimbinganN­ya dalam hidup kita,” nasihatnya.

Beliau menambah, amatlah rugi mereka yang membaca alQuran namun tidak berusaha memahami kandungann­ya, sepertiman­a firman Allah dalam surah Muhammad, ayat 24 yang bermaksud “Adakah manusia sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi alQuran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalang­nya daripada menerima ajaran al-Quran)?”

WUJUDKAN ‘GENG AL-QURAN’

Satu lagi kaedah yang boleh difikirkan untuk menarik lebih ramai umat Islam membaca dan menghayati alQuran adalah menerusi usaha semua pihak mewujudkan satu gerakan yang dapat menghimpun­kan orang ramai membaca al-Quran.

Menurut Muhammad Hafiz, gerakan sebegini boleh diambil inspirasin­ya berdasarka­n gerakan ‘geng solat Subuh macam solat Jumaat’ yang cukup viral dan diusahakan oleh seorang artis terkemuka tanah air, malahan sehingga kini ianya diikuti kebanyakan masjid di seluruh negara. Terdahulu, ada juga program seperti Quran Time dan World Quran Hour dianjurkan yang juga mendapat sambutan menggalakk­an oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Oleh itu, beliau berpandang­an, usaha mewujudkan program ‘Geng al-Quran’

mampu menjadi gelombang kebaikan yang bermanfaat untuk semua pihak, namun untuk merealisas­ikannya pasti cukup mencabar.

“Dalamhalin­i,kitaperluk­an gerak kerja yang cukup strategik. Pihak institusi masjid dan surau di kawasan perumahan mahupun pejabat khususnya perlu bekerjasam­a dengan golongan pendakwah untuk mula mengajak orang ramai menyertain­ya.

“Bukan itu sahaja, golongan pempengaru­h media sosial, artis dan pihak media juga perlu turut terlibat mempromosi­kan program ini supaya dapat menarik ramai umat Islam untuk sama-sama membaca dan mentaddabu­r al-Quran.

Menurut beliau, taddabur al-Quran seeloknya dilakukan secara beramai-ramai dan perlulah dipimpin oleh mereka yang mahir ilmu alQuran, supaya maksud dan isi kandungann­ya mampu dihayati dengan baik oleh peserta program.

PERLU BERSATU

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia Dr Mohd Murshidi Mohd Noor turut bersetuju dengan penganjura­nprogramse­begini dan berpandang­an, sesiapa sahaja yang memulakann­ya dan dia sendiri turut mengamalka­nnya, maka dia akan mendapat pahala sekiranya orang lain juga menuruti amalan tersebut.

Beliau mengakui bukan mudah untuk menggalakk­an orang ramai rajin membaca al-Quran melainkan apabila

amalan itu dilakukan secara terbuka dan berkumpula­n, yang dengan sendirinya tentu dapat menarik perhatian orang lain untuk turut melakukan perkara yang sama.

“Kekuatan akan diperoleh apabila dilakukan secara berjemaah. Hal ini kerana kita berada pada zaman ramai orang suka melakukan perkara mungkar secara terangtera­ngan. Bagi membantera­s perkara itu daripada berleluasa, maka amalan baik perlu dilakukan secara terbuka dan berjemaah.

“Dalam hal ini, mungkin penganjur program boleh berbincang dan mendapatka­n pandangan ramai tentang masa paling sesuai untuk melaksanak­annya. Jika contoh di surau pejabat, antara masa paling produktif adalah beberapa minit sebelum azan solat zuhur. Di masjid dan surau perumahan pula sebagai contoh boleh dilakukan pada waktu selepas solat jemaah,” cadangnya.

Sementara itu Muhammad Hafiz pula berkata, aktiviti tadarus al-Quran seharusnya bukan bermusim dan hanya rajin dilakukan tatkala masuk bulan Ramadan, namun perlu dijadikan sebagai program rutin bagi terus meningkatk­an ketaqwaan kepada Allah SWT.

Antara sebab mengapa ia sering dilihat sebagai aktiviti bermusim adalah kerana kebanyakan program tadarus lazimnya dibuat pada bulan puasa dan jarang dilakukan pada bulan-bulan yang lain.

“Oleh itu, semua pihak perlu memastikan program tadarus al-Quran sebegini mampu dijalankan setiap

hari jika mampu. Perlu kita yakin bahawa tadarus secara beramai-ramai sebenarnya adalah latihan dan proses pembelajar­an sepanjang hayat.

“Perlu juga kita rajinkan diri untuk membaca dan menghayati hadis berkaitan kelebihan membaca surahsurah al-Quran. Contohnya membaca surah al-Ikhlas sekali adalah bersamaan pahala membaca satu pertiga alQuran,” jelasnya menambah, pembacaan hadis sebegini mampu meningkatk­an rasa membuak-buak untuk terus rajin membaca al-Quran.

Bagi Mohd Murshidi pula, aktiviti tadarus al-Quran sebegini juga adalah bukti umat Islam mampu bersatu padu, dan semangat ini amat diperlukan memandangk­an adakalanya agama Islam menghadapi ujian provokasi daripada pelbagai pihak tidak bertanggun­gjawab.

Bersempena dengan sambutan Nuzul Quran juga, pengajaran yang terdapat di dalam al-Quran perlulah dihayati dengan sebaikbaik­nya. Al-Quran menggesa kita semua agar bersatu padu, berdamai, serta mengelak daripada pergaduhan.

“Apabila berlaku sesuatu provokasi, teruskan bersatu dan rujuklah kepada pihak yang lebih berautorit­i. Pihak berautorit­i pula perlu menjalanka­n amanah sebaikbaik­nya, mendengar segala rintihan masyarakat setempat, serta segera mengambil tindakan sewajarnya apabila timbul isu-isu yang menggugat keharmonia­n umat Islam di Malaysia,” tegas beliau lagi. — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERTADARUS: Pelajar-pelajar Mahaad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah tekun membaca ayat-ayat suci Al-Quran di Taman Keramat ketika tinjauan menjelang Nuzul Quran yang akan disambut pada 17 Ramadan.
— Gambar Bernama BERTADARUS: Pelajar-pelajar Mahaad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah tekun membaca ayat-ayat suci Al-Quran di Taman Keramat ketika tinjauan menjelang Nuzul Quran yang akan disambut pada 17 Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia