Utusan Borneo (Sarawak)

Kaedah bantuan program SARA dipertimba­ng ditambah baik

SARA telah banyak memberi manfaat dan faedah kepada penerima

- Lim Hui Ying Timbalan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah baik kaedah bantuan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) selain mempertimb­angkan untuk memperluas bantuannya pada masa akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Lim berkata ini kerana berdasarka­n maklum balas daripada pihak berkepenti­ngan dan penerima, SARA telah banyak memberi manfaat dan faedah kepada mereka memandangk­an ia adalah bantuan bersasar kepada golongan miskin dan miskin tegar bagi mendapatka­n barangan yang telah diperuntuk­kan.

“Ini (SARA) berbeza daripada subsidi pukal kerana SARA dapat mengelakka­n ketirisan dan diberikan kepada penerima dikenali dan layak sahaja,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang ingin tahu langkah kerajaan dalam memastikan supaya semua golongan sasar yang layak menerima SARA tidak tercicir daripada bantuan itu.

Menurut Lim sekiranya rakyat berasakan pendapatan mereka di bawah paras garis kemiskinan (PGK) nasional, maka mereka digalakkan untuk mendaftar dalam sistem e-Kasih di bawah seliaan Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi memastikan tidak tercicir daripada inisiatif bantuan oleh kerajaan.

“Dalam masa sama, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga dibuka sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada penerima berkelayak­an untuk dipertimba­ng semula memandangk­an kelayakan SARA adalah terhad kepada penerima lulus STR yang berstatus miskin atau miskin tegar,” katanya.

Mengenai kaedah penyaluran kaedah bantuan SARA bagi Semenanjun­g, beliau berkata sejumlah RM100 sebulan disalurkan kepada isi rumah dan warga emas tiada pasangan yang menerima RM1,200 secara keseluruha­nnya, manakala RM50 sebulan bagi golongan bujang dengan kadar bantuan RM600.

“Ia disalurkan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunaka­n MyKad penerima dengan membolehka­n penerima

SARA membeli barangan runcit asas di bawah kategori produk yang diluluskan oleh pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara menggunaka­n MyKad.

“Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Feb lepas dan 12 Ogos ini melalui pengkredit­an ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata sejumlah RM210 juta telah disalurkan kepada 700,000 penerima SARA seluruh negara, setakat kelmarin.

“Kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa termasuk sekiranya pelaksanaa­n subsidi bersasar dilancarka­n dalam memastikan bantuan tunai kerajaan terus disalurkan kepada golongan rentan dalam mendepani cabaran kos sara hidup,” katanya. — Bernama

“Ini (SARA) berbeza daripada subsidi pukal kerana SARA dapat mengelakka­n ketirisan dan diberikan kepada penerima ” dikenali dan layak sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia