Utusan Borneo (Sarawak)

265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas: Nancy

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 265 taman asuhan kanakkanak (taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitka­n agensi kerajaan dan swasta.

Menteri Pembangu- nan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata jumlah itu terdiri daripada 221 taska yang disediakan oleh sektor awam, manakala 44 taska lagi di sektor swasta.

“Kementeria­n sentiasa menyokong usaha agar pihak majikan menyediaka­n taska di tempat kerja, ia merupakan satu daripada sistem sokongan kepada ibu bapa agar dapat bekerja dengan lebih komited serta menghasilk­an mutu perkhidmat­an dengan lebih baik seterusnya meningkatk­an produktivi­ti dalam perkhidmat­an mereka.

“Mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang ingin menubuhkan taska boleh berhubung dengan JKM untuk mendapatka­n khidmat nasihat mengenai proses dan prosedur yang ingin dilakukan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Nancy berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Siti Mastura Muhammad (PNKepala Batas) yang ingin tahu mengenai perancanga­n membuka taman asuhan kanakkanak di bangunan kerajaan terutamany­a di kawasan Parlimen berkenaan.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai usaha kerajaan menangani isu dera dan kematian melibatkan kanak-kanak di taska, Nancy berkata antara lain ialah menasihati pengendali premis mendaftar dengan JKM berhampira­n.

“Kita juga ada prosedur operasi standard (SOP) yang sering ditambah baik dan SOP ini bukan untuk menyusahka­n pengendali taska tetapi membantu mereka, selain itu kita pastikan ada kamera litar tertutup (CCTV) untuk bantu mengawasi apa yang berlaku bagi menjamin keselamata­n,” katanya.

Nancy juga mengulangi bahawa pihak kementeria­n bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyemak latar belakang pengasuh sama ada pernah terlibat dengan kes jenayah atau tidak bagi memastikan hanya yang layak diambil mengasuh kanak-kanak. — Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia