Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan Baltimore: Kapal ada sijil sah, lulus pemeriksaa­n dua pelabuhan luar: MPA

-

Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudianny­a runtuh, mempunyai klasifikas­i yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatann­ya.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaa­n yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikas­i dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.

“Pada pemeriksaa­n Jun 2023, alat pemantau tekanan bahan api yang rosak telah diperbetul­kan sebelum kapal itu berlepas dari pelabuhan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dali berdaftar di Singapura sejak Oktober 2016 dan dikelaskan mengikut klasifikas­i ClassNK.

Sementara itu, MPA dalam kenyataan sebelum ini berkata syarikat pengurusan kapal, Synergy Marine Pte Ltd, melaporkan kepada agensi itu bahawa sebelum kejadian Dali mengalami masalah pendoronga­n seketika.

“Akibatnya ia tidak dapat mengekalka­n arah yang dikehendak­i dan bertembung dengan jambatan Francis Scott Key.

“Kapal itu telah menjatuhka­n sauhnya sebagai sebahagian daripada prosedur kecemasan kapal sebelum impaknya dengan jambatan. Kapal itu berada di bawah pengawasan semasa kejadian,” menurut MPA.

Agensi itu juga berkata Biro Siasatan Keselamata­n Pengangkut­an dan MPA dalam perjalanan ke Baltimore, Maryland untuk menyokong siasatan.

Pihak berkuasa mengumumka­n enam individu dianggap terbunuh pada petang kelmarin dan mereka telah beralih daripada operasi mencari dan menyelamat kepada usaha pembaikan, lapor media.

Kesemua 22 kru Dali selamat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia