Utusan Borneo (Sarawak)

Satu mayat ditemui di dalam sungai susulan jambatan di Baltimore runtuh

Kapal kontena besar mengalami kegagalan kuasa melanggar struktur jambatan itu

-

WASHINGTON: Satu mayat ditemui di dalam sungai susulan insiden jambatan runtuh, di Baltimore, timur negeri Maryland, Amerika Syarikat (AS), lapor media kelmarin.

“Kami dengar satu mayat telah ditemui, tetapi pencarian sedang dijalankan di tapak,” Ahli Majis Bandar Baltimore Phylicia Porter dipetik sebagai berkata kepada CNN.

Pegawai berkata runtuhan itu berlaku apabila sebuah kapal kontena besar mengalami kegagalan kuasa pada awal kelmarin, menyebabka­n ia melanggar struktur jambatan itu. Perlanggar­an itu menyebabka­n beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.

Usaha sedang dijalankan bagi mengesan enam mangsa yang masih hilang. Keenamenam individu berkenaan dipercayai sebahagian daripada kru pembinaan, sedang menjalanka­n kerja-kerja pembaikan jambatan itu apabila kemalangan berkenaan berlaku.

Terdahulu, dua mangsa dikeluarka­n dari Sungai Patapsco, seorang daripadany­a dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa tempatan.

“Ini adalah tragedi yang tidak dijangkaka­n,” kata

Datuk Bandar Baltimore Brandon Scott.

“Terlebih dahulu kita harus mendoakan kepada semua yang terlibat”.

Dalam ucapan ringkas dari Rumah Putih kelmarin, Presiden AS Joe Biden mahu

kerajaan persekutua­n membayar untuk pembinaan semula jambatan itu, yang dibuka kepada lalu lintas pada Mac 1977.

“Kami akan bekerjasam­a dengan rakan kongsi kami di Kongres untuk memastikan

negeri itu mendapat sokongan yang diperlukan,” kata Biden.

Kira-kira 11.5 juta kenderaan menyeberan­gi Jambatan Francis Scott Key sepanjang 2.6 kilometer itu setiap tahun. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? RUNTUH: Kapal kargo Dali tersekat selepas melanggar dan meruntuhka­n Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, timur negeri Maryland kelmarin.
— Gambar AFP RUNTUH: Kapal kargo Dali tersekat selepas melanggar dan meruntuhka­n Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, timur negeri Maryland kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia