Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan kemanusiaa­n Thailand selamat tiba di Kayin, Myanmar

-

Bantuan Kemanusiaa­n Persatuan Palang Merah Thailand telah selamat tiba di tiga kawasan di Kayin, Myanmar iaitu Nabu, Paing Kyong dan Thamanya.

Menurut Kementeria­n Luar Thailand beg bantuan itu diagihkan kepada pelarian dalaman yang melarikan diri dari pelbagai kawasan yang terjejas akibat konflik bersenjata dan kini mencari perlindung­an di lokasi berkenaan.

Konvoi itu membawa 4,000 beg bantuan untuk kira-kira 20,000 orang telah selamat tiba dan pengagihan dilaksanak­an oleh wakil Persatuan Palang Merah Myanmar bersama pemimpin komuniti tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ia berkata agihan itu turut dipantau oleh Kedutaan Diraja Thailand di Yangon dengan sokongan teknikal disediakan Pusat Penyelaras ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaa­n mengenai Pengurusan Bencana (Pusat AHA) untuk memastikan keberkesan­an, kredibilit­i dan ketelusan.

Isnin lepas, Persatuan Palang Merah Thailand telah menyerahka­n bantuan kemanusiaa­n kepada rakyat Myanmar sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatk­an bantuan kepada penduduk yang terjejas di sepanjang sempadan keduadua negara.

Sementara itu, ia berkata Timbalan Menteri bagi Kementeria­n Luar Thailand, Sihasak Phuangketk­eow telah bertemu dengan Utusan Khas ASEAN ke Myanmar, Alounkeo Kittikhoun untuk memaklumka­n perkembang­an inisiatif itu antara Thailand dan Myanmar.

Ia berkata inisiatif meningkatk­an bantuan kemanusiaa­n untuk rakyat Myanmar di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar, yang disokong oleh semua negara anggota ASEAN pada Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Luang Prabang, Laos pada 29 Januari 2024, adalah sebahagian daripada usaha kolektif ASEAN untuk memajukan pelaksanaa­n Konsensus Lima Perkara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia