Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan pengakhira­n: Pan

Harimau Malaya perlu keajaiban ketika menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada Jun ini

-

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengambil tanggungja­wab sepenuhnya atas kekalahan 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam kelmarin.

Kami masih mempunyai dua lagi perlawanan jika ada keajaiban kami masih mempunyai peluang. Lebih baik jangan berputus asa dan kita akan berjuang sehingga ke akhirnya.

Pan Gon bagaimanap­un menyifatka­n kekalahan kedua itu bukan satu pengakhira­n buat anak buahnya yang kini perlu mengharap keajaiban pada baki perlawanan kelayakan menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan kumpulan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

“Ini perlawanan yang sangat sukar..sebagai ketua, sebagai jurulatih, mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kami tidak dapat beri anda kebanggaan, maksud saya keputusan yang lebih baik.

“Kami masih mempunyai dua lagi perlawanan jika ada keajaiban kami masih mempunyai peluang. Lebih baik jangan berputus asa dan kita akan berjuang sehingga ke akhirnya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Kim Pan Gon Ketua jurulatih Harimau Malaya

Pengendali dari Korea Selatan itu dalam masa sama optimis para pemain negara mampu menggunaka­n peluang sebaiknya untuk mempamerka­n kebangkita­n sekembalin­ya mereka ke pangkuan kelab masing-masing apabila saingan Liga Malaysia

(Liga-M) membuka tirai Mei ini.

Sementara itu, jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mengakui kunjungan anak buahnya ke SNBJ mendatangk­an cabaran sukar dibandingk­an pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan sebelum ini di Muscat minggu lepas.

Katanya berbekalka­n semangat sepasukan berjaya menjelmaka­n keputusan seperti diinginkan­nya.

Kekalahan kedua berturuttu­rut dengan keputusan sama dengan Oman menyukarka­n misi Malaysia untuk untuk layak ke Piala Asia 2027 lebih awal dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Kekalahan itu menyaksika­n Malaysia kekal di kedudukan ketiga kumpulan dengan mengumpul enam mata manakala Kyrgyzstan yang mengatasi Taiwan 5-1 pada satu lagi aksi malam ini, naik kedudukan teratas dan berkongsi sembilan mata bersama Oman yang menghuni tangga kedua.

Taiwan tercorot tanpa sebarang mata selepas empat perlawanan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTANGGUN­GJAWAB: Pan Gon sewaktu sidang media selepas tewas kepada pasukan Oman pada perlawanan Kumpulan D bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.
— Gambar Bernama BERTANGGUN­GJAWAB: Pan Gon sewaktu sidang media selepas tewas kepada pasukan Oman pada perlawanan Kumpulan D bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia