Utusan Borneo (Sarawak)

Penggantia­n paip lama sepanjang 2,740km di seluruh Sarawak bermula tahun ini

-

KUCHING: Kerja-kerja penggantia­n saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh Sarawak akan bermula tahun ini, kata Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi.

Menurut Julaihi, untuk tahun ini sahaja sejumlah RM247 juta diluluskan bagi tujuan itu yang dibiayai sepenuhnya kerajaan Sarawak.

“Kita akan kenal pasti di mana kawasan kritikal yang perlu kita ganti paip yang lama dan rosak bagi membolehka­n bekalan air disalurkan dalam keadaan yang sempurna.

“Ini perancanga­n jangka panjang kita kerana kita (kerajaan Sarawak) telah meluluskan penggantia­n paip ini untuk tempoh lima tahun dengan kos RM1 bilion,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan ke Loji

Rawatan Air Batu Kitang di sini semalam bagi melihat kemajuan kerjakerja menaik taraf loji tersebut bagi meningkatk­an kapasiti pengeluara­n airnya kepada 884 juta liter sehari (MLD) daripada 780 MLD.

Selain menggantik­an saluran paip lama menurut Julaihi, kerajaan Sarawak kini sedang giat membangunk­an Sistem Grid Air Negeri secara berperingk­at di seluruh Sarawak.

Sebagai contoh di Tanjung Manis katanya, kerajaan telah melancarka­n Loji Rawatan Air Tanjung Manis pada 17 Mac lepas oleh Premier Sarawak yang dapat membekalka­n air ke kawasan sekitar Belawai.

Loji di Tanjung Manis katanya, boleh membekalka­n 30 MLD tetapi permintaan semasa hanya 13 MLD.

“Paip dari Tanjung Manis akan bersambung dengan paip yang disediakan oleh Lembaga Air Sibu dan membentuk grid.

“Begitu juga di kawasan lain misalnya Serian, kita ada Loji Rawatan Air Slabi dan Projek Fasa 2 Bekalan Air Wilayah Serian yang akan bersambung membentuk grid,” jelasnya.

Semua projek tersebut kata Julaihi, adalah usaha berterusan kerajaan Sarawak bagi mencapai liputan penuh bekalan air menjelang 2030.

Pada masa ini katanya, liputan bekalan air di kawasan luar bandar adalah 70 peratus dan di seluruh Sarawak (bandar dan luar bandar) antara 84 peratus dan 85 peratus.

“Banyak projek telah diluluskan kerajaan Sarawak yang akan dan sedang dilaksanak­an dan semuanya dibiayai kerajaan Sarawak,” katanya.

 ?? TINJAU: ?? Julaihi (tiga kanan) melawat Loji Rawatan Air Batu Kitang, semalam.
TINJAU: Julaihi (tiga kanan) melawat Loji Rawatan Air Batu Kitang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia