Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil kerjasama pelbagai agensi kerajaan

Kira-kira 90 peratus kebakaran tanah gambut di Kuala Baram berjaya dikawal dan dipadamkan: Uggah

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

Hasil kerjasama pelbagai agensi kerajaan, kira-kira 90 peratus daripada 100 ekar kawasan tanah gambut di Kuala Baram yang terjejas akibat kebakaran sejak 23 Mac lalu, berjaya dikawal dan dipadamkan.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, menerusi imej dron didapati hanya tinggal 10 peratus kawasan terjejas itu yang masih terbakar setakat semalam.

“Kejadian kebakaran tanah gambut di bahagian utara ini berlaku disebabkan atas faktor cuaca kering dan panas yang sedang berlaku pada masa ini.

“Setakat hari ini (Khamis), saya gembira menyatakan bahawa pasukan bertugas berjaya mengawal kebakaran ini kira-kira 90 peratus daripada 100 ekar kawasan yang terbakar dan hanya berbaki 10 peratus lagi untuk dipadamkan.

“Ia dapat dikawal dengan pantas kerana kita dibantu oleh satu helikopter dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Bombardier milik Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang datang dari Kuala Lumpur untuk membantu kita memadamkan api tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berhubung kejadian kebakaran tanah gambut Kuala Baram di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Miri di sini, semalam.

Terdahulu, beliau bersama pasukan JPBNS diberikan taklimat selama sejam oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi memadam dan mengawal kebakaran tanah gambut di Kuala Baram.

Sehubungan itu, Uggah yang juga Pengerusi JPBNS bagi pihak kerajaan negeri mengucapka­n setinggi-tinggi ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan dikoordina­sikan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Jamalie Busri yang bekerjasam­a dalam operasi terbabit.

“Ini menunjukka­n bahawa

apabila kita bekerjasam­a, tolongmeno­long, bantu-membantu, kita dapat mengatasi masalah yang dihadapi dan ini telah terbukti serta contoh terbaik di mana kita berjaya memadamkan kira-kira 90 peratus kebakaran terbabit dan saya berharap usaha ini akan diteruskan,” ujarnya.

Sementara itu, Uggah turut berharap rakyat mengelakka­n diri daripada melakukan pembakaran terbuka kerana ia akan menyebabka­n kebakaran yang lebih dahsyat dan memudaratk­an kesihatan ramai orang.

 ?? — Gambar UKAS ?? PANTAU SITUASI: Uggah (depan, tiga kiri) bersama wakil-wakil agensi kerajaan ketika melawat lokasi kebakaran tanah gambut di Kuala Baram, semalam.
— Gambar UKAS PANTAU SITUASI: Uggah (depan, tiga kiri) bersama wakil-wakil agensi kerajaan ketika melawat lokasi kebakaran tanah gambut di Kuala Baram, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia