Utusan Borneo (Sarawak)

BKPBP inisiatif ringankan beban pesakit buah pinggang

-

“Di bawah BKPBP, pesakit juga diberi bantuan rawatan hemodialis­is dengan kadar bantuan dari RM130 hingga RM200 untuk 14 sesi sebulan. Ini termasuk bantuan pengangkut­an RM50 sebulan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Rosey Yunus pada Majlis Penyerahan Mesin Hemodialis­is kepada Hospital Lundu, di Lundu semalam.

Fatimah menambah, dianggarka­n seorang pesakit buah pinggang yang memohon BKPBP layak menerima bantuan maksimum RM1,820 hingga RM2,800 sebulan atau RM21,840 hingga RM33,600 setahun.

“Mereka yang layak memohon BKPBP ialah orang Sarawak (kad pengenalan status ‘K’) lelaki atau perempuan dan menetap di Sarawak. Bukan penjawat awam, pesara awam dan pencarum PERKESO.

“(Pemohon) tergolong dalam kumpulan B40 atau M40 dengan pendapatan perkapitat­idaklebihR­M1,020 sebulan atau mengikut paras garis kemiskinan semasa dan tidak mendapat subsidi rawatan serta bantuan pengangkut­an daripada mana-mana agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan atau penerima bantuan tetapi masih memerlukan bantuan sokongan seperti bantuan pengangkut­an (berdasarka­n kes tertentu),” jelasnya.

Mengenai majlis itu, Fatimah berkata dua mesin hemodialis­is diserahkan kepada Hospital Lundu dengan harga seunit mesin RM41,150, menjadikan jumlah keseluruha­n RM82,300.

“Bantuan mesin hemodialis­is ini dapat menambah bilangan mesin sedia ada berikutan pertambaha­n bilangan pesakit yang menjalani rawatan di Hospital Lundu,” katanya.

Menurut Fatimah lagi, pada 2023, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah membeli 24 mesin haemodiali­sis secara tender.

Sebuah mesin bernilai RM41,150 dan keseluruha­n perbelanja­an pembelian 24 mesin adalah sebanyak RM987,600, tambahnya.

Hadir sama, bekas Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu Datuk Amar Jamilah Anu, Pengurus Besar Petronas Sarawak Zulaihi Mantali, Pengurus Kanan Petronas Sarawak Norazibah M Rabu, Timbalan Pengarah JKMS Norhayati Abdul Rahman dan Pengarah Hospital Lundu Dr Chin Shi How.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia