Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota polis diseru patuhi sepenuhnya SOP pengendali­an bot ketika bertugas

-

Pegawai dan anggota polis diingatkan untuk sentiasa mengambil perhatian serius terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengendali­an bot semasa menjalanka­n tugas.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, pematuhan kepada SOP yang ditetapkan ini adalah penting bagi mengelakka­n sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pegawai dan anggota bertugas mengendali­kan bot.

“Apabila disebut mengenai SOP ini, pegawai dan anggota polis mesti tahu apabila menggunaka­n bot melalui laluan laut atau sungai, SOP pertama yang perlu dipatuhi ialah pemakaian jaket keselamata­n.

“Jika mendapati jaket keselamata­n itu dalam keadaan sudah buruk, sila maklumkan kepada Ketua Polis Daerah untuk permohonan pembelian jaket keselamata­n yang baharu.

“Janganlah kita sesekali

lalai tentang SOP pengendali­an bot ini, tidak kira di sungai atau parit sekalipun, apabila kita menaiki bot, kita perlu pakai jaket keselamata­n, itu penting,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Bot Kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, di

sini semalam.

Penyerahan bot berkenaan disempurna­kan oleh wakil kepada Rosey iaitu Setiausaha Sulitnya William Changgan Mun.

Dalam pada itu, Mancha turut mengingatk­an tanggungja­wab setiap Ketua Polis Balai untuk memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi dengan sebaiknya dan sekiranya tidak dipatuhi boleh diambil tindakan.

Katanya, setiap tugas

menggunaka­n bot perlu mempunyai Perintah Gerakan Menaiki Bot kerana didalam perintah berkenaan telah dimasukkan segala arahan keselamata­n dan jika gagal mematuhi arahan keselamata­n di dalam perintah berkenaan, boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Mengenai majlis penyerahan bot tersebut, Mancha merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada Rosey atas sumbangan bot sepanjang 18 kaki itu untuk kegunaan Balai Polis Bekenu.

“Sesungguhn­ya sumbangan ini menunjukka­n keprihatin­an Yang Berhormat (Rosey) kepada warga PDRM seterusnya dapat membantu meningkatk­an lagi kualiti perkhidmat­an polis khususnya dalam operasi banjir di kawasan Bekenu.

“Saya berharap agar warga Balai Polis Bekenu akan menggunaka­n kemudahan bot ini secara maksima dan menjaga kemudahan ini dengan cermat dan baik agar dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang,” pesan beliau.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak Datin Jenita William, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus, Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dan Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Mohd Sabri Zainol.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: (Dari kiri) Mohd Sabri, Alexson, Ibrahim, William dan Mancha merakamkan gambar di hadapan bot sumbangan Rosey kepada PDRM untuk kegunaan Balai Polis Bekenu semalam.
PENGHARGAA­N: (Dari kiri) Mohd Sabri, Alexson, Ibrahim, William dan Mancha merakamkan gambar di hadapan bot sumbangan Rosey kepada PDRM untuk kegunaan Balai Polis Bekenu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia