Utusan Borneo (Sarawak)

JKDM tumpaskan cubaan seludup 24.4kg syabu

Dadah dikesan tiba di LTAK pada 18 Mac, namun tiada yang tampil menuntut di kaunter syarikat kurier

- Oleh Jeremy Lanson Pengarah JKDM Sarawak

Intipan dan penyamaran telah dilakukan selama empat hari di kaunter syarikat kurier, namun tiada individu yang tampil untuk membuat tuntutan.

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas 24,400 gram dadah jenis syabu yang cuba diseludup masuk ke negeri ini menggunaka­n perkhidmat­an kurier.

Pengarah JKDM Sarawak Norizan Yahya berkata, dadah tersebut yang dianggarka­n bernilai RM872,000 dikesan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) pada 18 Mac di dalam dua bungkusan.

“Dua bungkusan tersebut didapati dihantar dari Shah Alam kepada seorang wanita yang beralamatk­an di sebuah pangsapuri di Taman Stapok, Kuching.

“Bagaimanap­un, penerima enggan menerima bungkusan tersebut di lokasi dan sebaliknya meminta untuk men

untutnya di kaunter syarikat kurier berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, intipan dan risikan telah dilakukan sehingga 22 Mac sebelum dadah tersebut dirampas untuk

siasatan lanjut.

“Intipan dan penyamaran telah dilakukan selama empat hari di kaunter syarikat kurier, namun tiada individu yang tampil untuk membuat tuntutan.

“Bungkusan tersebut kemudian telah disita oleh Cawangan Narkotik JKDM Sarawak pada 22 Mac 2024,” katanya.

Pemeriksaa­n lanjut mendapati bungkusan tersebut mengandung­i 24,400 gram ketulan kristal yang disyaki dadah Berbahaya jenis Methamphet­amine atau syabu.

“Jumlah berat dadah sekitar 24,400 gram dan dianggarka­n seramai lebih 120,000 orang dapat diselamatk­an daripada penyalahgu­naan dadah,” katanya

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sekiranya hukuman yang diberikan oleh Mahkamah adalah hukuman penjara seumur hidup, tertuduh hendaklah juga disebat tidak kurang 15 sebatan.

“Cawangan Narkotik JKDM Sarawak telah menggerakk­an usaha untuk mengesan individu yang berkaitan dengan rampasan tersebut dengan berpanduka­n kepada maklumat yang diperolehi daripada pengendali perkhidmat­an kurier, penyedia perkhidmat­an atas talian, rekod telekomuni­kasi dan rekod perbankan individuin­dividu berkaitan,” katanya.

JKDM juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an dengan menghubung­i Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam yang terdekat di semua negeri.

“Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiaka­n,” katanya.

Norizan Yahya

 ?? ?? BAHAN KES: Dadah yang dirampas dalam operasi tersebut.
BAHAN KES: Dadah yang dirampas dalam operasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia