Utusan Borneo (Sarawak)

Tak patut kumpul maklumat tidak berkaitan pendapatan

Pengumpula­n maklumat peribadi dalam PADU terlalu terperinci, cetus persoalan dan kebimbanga­n ramai: Abang Johari

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Adalah tidak munasabah bagi Pangkalan Data Utama (PADU) mengumpul maklumat peribadi yang terlalu terperinci dan teliti daripada rakyat sehingga menimbulka­n persoalan dan kebimbanga­n semua pihak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perlu ada had di bawah Akta Perlindung­an Data Peribadi untuk melindungi maklumat peribadi rakyat, selaras dengan peruntukan perlembaga­an terutamany­a dari segi kebebasan.

“Anda mempunyai hak untuk tidak mendedahka­n maklumat peribadi anda.

“Tapi sekiranya ia berkaitan dengan pendapatan dan juga keadaan ekonomi, sudah tentu data itu lebih relevan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selesai menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1445H/2024M di Masjid Al-Muttaqin Kota Samarahan, malam kelmarin.

Abang Johari bagaimanap­un, menyatakan kerajaan negeri tetap menyokong objektif murni PADU yang antara lain bertujuan untuk melaksanak­an subsidi bersasar dan membolehka­n kerajaan merasional­kan subsidinya dan mengelak potensi ketirisan dalam pengagihan subsidi.

“Mereka yang berada dalam kategori itu mesti diberi bantuan. Akan tetapi maklumat yang diperlukan (PADU) begitu terperinci sehingga menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari mendedahka­n beliau

Mereka yang berada dalam kategori itu mesti diberi bantuan. Akan tetapi maklumat yang diperlukan (PADU) begitu terperinci sehingga menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan orang ramai.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Premier Sarawak

belum mendapat maklumat lanjut mengenai pertemuan antara pihak Kementeria­n Ekonomi dengan wakil kerajaan Sarawak bagi membincang­kan isu PADU.

“Terpulang kepada bila rombongan daripada Kementeria­n Ekonomi hendak datang kerana sudah semestinya Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ingin lebih tahu punca Sarawak memohon PADU ditangguhk­an.

“Kita juga mahu mendapatka­n maklumat-maklumat yang lain (mengenai sistem PADU ini) khususnya membabitka­n sudut privasi,” katanya.

Difahamkan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki pada malam tersebut telah mengesahka­n bahawa pihak Kementeria­n Ekonomi akan datang ke Sarawak pada minggu hadapan untuk membincang­kan perkara

terbabit.

Media sebelum ini melaporkan, Sarawak meminta beberapa perubahan dibuat berkait maklumat peribadi yang diminta diisi dalam

sistem PADU berikutan timbul keraguan berhubung maklumat peribadi individu yang tidak sepatutnya didedahkan.

Selain itu, isu pelanggara­n

dan kebocoran data yang berleluasa ketika ini juga menjadi kebimbanga­n utama kerajaan Sarawak sehingga mengarahka­n pendaftara­n PADU ditangguhk­an.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? BERTUKAR PENDAPAT: Abang Johari (tengah) bercakap dengan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada majlis tersebut. Turut kelihatan di sebelah kiri Abang Johari, Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
— Gambar Roystein Emmor BERTUKAR PENDAPAT: Abang Johari (tengah) bercakap dengan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada majlis tersebut. Turut kelihatan di sebelah kiri Abang Johari, Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia