Utusan Borneo (Sarawak)

KPT kaji cadangan tubuh Majlis Perwakilan Pelajar Sabah peringkat kebangsaan

-

Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti cadangan untuk menubuhkan sebuah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sabah peringkat kebangsaan yang akan dianggotai oleh semua MPP Anak Sabah sedia ada di setiap Universiti Awam (UA).

Timbalan Menteri Pendidikan Tingg Datuk Mustapha Sakmud menurut satu kenyataan, bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh seorang daripada wakil pelajar dalam Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama Mahasiswa Sabah 2024 di Putrajaya, malam kelmarin.

“MPP peringkat kebangsaan tersebut tidak akan menyerap semua MPP (mahasiswa Sabah) sedia ada di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), sebaliknya sebagai penyatu kesemua suara para pelajar Sabah di perantauan,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, perkara berikut akan diberi perhatian dan penubuhann­ya bakal memberi banyak manfaat kepada mahasiswa Sabah di IPTA kerana idea, isu dan cabaran yang ada akan dibincangk­an di peringkat nasional.

Dalam majlis tersebut, Mustapha telah berbuka puasa bersama MPP Sabah yang sedang melanjutka­n pengajian masing-masing di UA sekitar Lembah Kelang.

Selain sesi dialog bersama pelajar, beliau turut menyerahka­n sumbangan Aidilfitri kepada setiap pelajar yang hadir sebagai memeriahka­n lagi sambutan Hari Raya nanti.

Beliau turut menitipkan pesanan untuk semua mahasiswa Sabah bersatu padu dan membuang stigma ‘kelas kedua’ dalam minda masingmasi­ng.

Menurutnya, keunikan budaya dan kedamaian yang terjalin sesama masyarakat Sabah harus menjadi kekuatan luar biasa apabila dipadukan dengan kecemerlan­gan akademik.

“Potensi Sabah untuk menjadi sebuah negeri yang maju, lebih-lebih lagi dengan pembukaan ibu negara Indonesia yang baharu nanti, sangatlah besar,” ujar beliau.

Kira-kira 60 orang mahasiswa Sabah telah menghadiri majlis malam kelmarin sambil memanfaatk­an platform tersebut sebagai ruang merapatkan hubungan kenegerian dan berkongsi pengalaman di rantau orang.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Mustapha bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar dari Sabah dalam Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama Mahasiswa Sabah 2024 di Putrajaya malam kelmarin.
UNTUK ALBUM: Mustapha bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar dari Sabah dalam Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama Mahasiswa Sabah 2024 di Putrajaya malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia