Utusan Borneo (Sarawak)

RTM Miri, KM Mobil santuni golongan kurang berkemampu­an di Kampung Kawang Bekenu

-

Seramai 10 orang golongan kurang berkemampu­an dari Kampung Kawang Bekenu menerima sumbangan barangan keperluan asas dalam Program Tanggungja­wab Khidmat Sosial Korporat (CSR) Ramadan MiriFm, petang kelmarin.

Pengurus RTM Miri Saiful Arini berkata ia adalah program kolaborati­f antara RTM Miri dan syarikat KM Mobil Sdn Bhd dalam menyantuni mereka yang kurang berkemampu­an khasnya di bulan Ramadan.

“Kita percaya sumbangan keperluan asas ini sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban umat Islam yang memerlukan.

“Kita berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang serta mengalakan lebih banyak lagi badan bukan kerajaan

atau syarikat swasta bekerjasam­a dengan RTM Miri dalam menganjurk­an CSR di Miri,” katanya kepada pemberita semasa menyantuni penerima di Kampung Kawang Bekenu.

Saiful berkata program sebegini diharap dapat diteruskan lagi dalam membantu mereka yang memerlukan dalam perayaan besar sama ada Hari Raya, Tahun Baharu

Cina, Gawai dan sebagainya.

“Program ini juga diyakini dapat meningkatk­an semangat kekitaan dalam kalangan kakitangan RTM Miri serta organisasi swasta,” jelasnya.

Pengurus Wilayah KM Mobil Sdn Bhd Kenn Tan disertai Ketua Unit Rancangan RTM Miri Simon Suti serta Penerbit Program Joraini Tamin telah bersama-sama menyerahka­n sumbangan berupa keperluan asas seperti gula, garam, roti, minyak masak, tepung, beras, kopi, minuman ringan dan telur kepada penerima.

Bagi penerima, Hamidah Bakar berkata dia berterima kepada semua pihak yang prihatin yang memberikan sumbangan kepada mereka ketika bulan Ramadan.

“Rasanya ini adalah kali pertama menerima bantuan ini dan kami bersyukur dapat melakukan persiapan menyambut Hari Raya dan hanya membeli barangan yang belum ada,” jelasnya.

Kolaborati­f program ini antara RTM Miri dan KM Mobil Sdn Bhd memasuki tahun keempat yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan khasnya KM Mobil yang ingin memberi balik kepada kesejahter­aan masyarakat setempat.

 ?? ?? RINGANKAN BEBAN: Saiful Arini dan Kenn Tan bersama-sama kakitangan RTM Miri menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima di Kampung Kawang Bekenu kelmarin.
RINGANKAN BEBAN: Saiful Arini dan Kenn Tan bersama-sama kakitangan RTM Miri menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima di Kampung Kawang Bekenu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia